20090805

hahah ! lawak lahh sgt ;p

SIAPA LUDAH ?

Ada
seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adoii... malu pulak lah nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'macam mana nak buat ni' Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. 'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit. 'sapa yg #@#@##@% ludah kat luar tadi hahhh !!!! `Baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. 'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.

'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...' Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu. 'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia' jerit Mamat ni!

Then takde seorang pun ngaku. Mamat ni check tiap lelaki kat dalam bas tu. 'pelik!?!? tak de yang bermisai.

Dia pun turun dari bas dengan perasaan hairan+marah dan terus blah.



SIAPA SI BEDEBAH TUU !?!

Sang ayah Dan ibu sangat marah ketika mengetahui anak perempuan mereka hamil. "Siapa si bedebah itu !" jerit sang ayah, sedang is ibu menangis. "Suruh dia datang kesini!" Si anak pun menelefon lelaki yang menghamilinya. Setengah jam kemudian sebuah Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata,"Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak mengizinkan". Namun bagaimanapun, saya akan bertanggung jawab. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah hotel dan wang tunai. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah Kereta mewah, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?" Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah berkata,"Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya !!"

2 comments:

Farah Waheeda said...

kenapa macam bodoh gila ni? hahahaha :D

aenny said...

mmg bodo pon . tp lawak enn .