20090913

apabila mulut dibuka ,

"kau tau si polan tu tak sedar diri betul !" "kenapa ? cerita lahh dekat aku . macam hot je cerita ni ." "memang hot pun wehh ! ade ke patut si polan tu minat dekat si anu tuu . muke macam ***** ada hati nak dekat dengan orang hensem macam tuu ! eeee , geli aku !" "ha'ah , memang tak sedar diri lahh ! hahahah"

apabila mulut dibuka , macam macam cerita boleyy terkeluar . macam macam cerita boleyy jadi tajuk utama . macam macam kutukan yang boleyy dihamburkan . betul ? yaa , aku bukan nak cakap yang aku ni tak pernah mengutuk . semestinya , pernah . bahkan orang alim alim juga pernah mengumpat . betul ? yaa , aku betul lagyy :D (sukesuke) boleh dikatakan semua orang tak lari daripada diumpat dan mengumpat .

pernahkah korang lihat , nampak , kenal , terdengar orang yang disangka baik . pijak semut tak mati mengumpat . tentu pernah bukan . kalau dia tak mengumpat pun mesti dia mendengar . mendengar saja sudah tidak elok apatah lagyy yang mengumpat . tapi aku memang tak nafikan yang aku sendiri mengumpat malah aku agak suka dengan perbuatan itu kerana kita dapat melepaskan geram . tapi bukan itu saja yang aku dapat . dosa juga telah banyak aku kumpulkan . selepas seronok mengumpat seharusnya kita sedar akan kesilapan itu dan pergi memohon maaf pada sapa yg diumpat tadi . tapi ada kita pergi ? hampeh ! nak tunggu raya baru terkial-kial minta maaf . itu pun belum tentu ikhlas .

anda suka diumpat , dikutuk , dicaci , dicerca , dihina ? tentu tidak . aku pun begitu . sesiapa saja tidak suka , tidak mahu , tidak ingin , tidak berharap untuk dilakukan sedemikian rupa . aku juga tidak mahu ! malah berdoa lagyy supaya dijauhkan . tapi nak buat macam mana kan , mulut orang , kita tak boleyy nak tutup . aku yakin korang mesti nak diorang or sape sape je lahh berhenti mengata . betul ? korang pernah dengar pepatah orang putih 'what goes around comes around' . mesti pernah kan ! anggap saja apa yang orang kutuk ialah balasan kepada kita yang telah mengutuk orang lain .

kita kutuk orang banyak banyak tapi bila kita kene kutuk sikit jee dah melenting macam ke hapa ! patut ke ? layak ke kite nak melenting ? TIDAK ! sebab ape yang kita buat kita akan dapat semula . kita kutuk orang orang akan kutuk kita balik . kita fitnah orang orang akan fitnah kita balik . kita berterima kasih dekat orang orang akan berterima kasih balik dekat kita . kita tolong orang orang akan tolong kita balik . betul ? jadi , mula latih diri korang supaya terima apa yang orang lain kutuk sebab korang pon mengutuk . mungkin bukan dekat orang yang sama tapi paham paham lahh sendiri kan ! :D kalau tak nak jadi bahan umpatan jangan lahh mengumpat . kan fair and square tuu .

2 comments:

Chan said...

mengumpat cuma akan dihalalkan atas beberapa sebab. contohnya, apabila dizalimi, apabila ingin mengubah kemungkaran, apabila nak menyedarkan masyarakat tentang kemungkaran yang berlaku.

kalo nak mengumpat pasal kecacatan seseorang maka itu haram.

aenny said...

yes yes yes ! agree agree agree with u chan :D
actually mengumpat is kinda fun though ;p