
*tengah denga laguu butterfingers-gelombang cinta . lagu baru diorang . slow jee .*
bila kita sedih apa kita buat ? pergi mencari kawan baik kita untuk berkongsi cerita sedih ? mencari makanan untuk menghilangkan kegusaran dihati ? masuk bilik air pasang shower laju-laju dan menangis sepuas-puasnya ? pasang radio kuat-kuat dan menangis ? denga lagu sedih dekat mp3 ? pergi mencari tuhan supaya diberikan ketenangan ? or worst , pergi dapur capai pisau pemotong dan kelar pergelangan tangan kita ? bunuh diri bukan jalannya .
aku ? kalau aku mungkin aku akan pergi mencari F untuk berkongsi cerita dan mendengar nasihatnya . tak pun aku pergi mencari mana-mana movie yang kelakar untuk membuat masalah aku pudar sedikit demi sedikit dari kepala aku . or aku tekup kepala aku dalam bantal sambil menjerit sekuat hati dan menangis sampai aku lega . adakah ia berkesan ? well , kadang-kadang lahh . itu lebih baik dari aku kelar tangan aku sendirikan ?
tapi cara yang paling berkesan ialah mencari ketenangan dengan mencari tuhan masing-masing . cara niey sangat berkesan kerana Dia yang memberikan kita masalah dan Dia juga lahh yang akan menghilangkannya . aku yakin , setiap agama tidak menggalakkan umatnya membunuh diri sebagai jalan penyelesaian malah HARAM bagi umat islam . walaupun kita semua tahu suicide tidak elok dan berdosa tapi cuba anda pikir berapa ramai orang yang membunuh diri ?
kalah judi tak mampu bayar hutang , kita bunuh diri . orang yang tersayang pergi selama-lamanya , kita bunuh diri . cinta kita tak terbalas , bunuh diri . syarikat bankrupt , bunuh diri . tak percaya ? tengok saja lah berita . berapa banyak mayat yang dijumpai dibawah jambatan pulau pinang . beratus manusia yang ada . itu yang dijumpai , kalau yang tidak ? yang sudah reput masih belum diambil kira . kan ramai tuu ? tuu baru dekat jambatan pulau pinang tak kira jambatan lain lagyy . kalau titi kecik kat kampung korang tuu baik tak payah lahh . haiyoo .
apa pula masalah kalau kita menggunakan makanan sebagai alat penghilang masalah ? aku tak fikir cara ini boleh membantu tapi tak tahu lahh orang lain kan . tapi cara ini memang tidak pernah berkesan dekat aku (coklat mungkin lahh sebab coklat merupakan satu ubat penenang . ia menurunkan degupan jantung ketika deras dan menyebabkan kita menjadi tenang saintis pun cakap) .
okay sambung balik hujah aku , cara ini bagus tapi tidak digalakkan kerana apabila kita sedih kita akan makan mengikut perasaan bukan mengikut kadar yang betul dan yang sepatutnya . kemudian menyebabkan berat badan kita bertambah dan akan menyebabkan kita menjadi lebih stress . mungkin kita akan tenang tapi sampai bila , berapa lama ? sejam ? dua jam ? lepas tuu ? kita nak makan lagyy ? sebab tuu aku rasa cara ini kurang membantu .
jadi , kita sebagai manusia yang sudah tahu membezakan baik dan buruk pandai-pandai lahh pikir macam mana nak melepaskan kesedihan . jangan bertindak mengikut perasaan . cari lahh ketenangan dengan cara yang betul . kalau cara korang tak berkesan maybe korank boleyy guna cara aku (promote promote :D) . soo , tara for now . thanks for reading .
* tengah denga laguu daniel merriweather-red*
p/s ; happy eid my fellow readers . i love u all , take care yee . maen lahh mercun banyak-banyak .
No comments:
Post a Comment