
ayat ayat tipikal yang boleh dikatakan wajib dalam drama drama yang ada dekat malaysia . ayat dia semua nak dekat sama kan ? tapi tak pelahh sebab apa yang berlaku niey bukan hanya ada dalam filem and drama jee . situasi ni memang terjadi dalam kehidupan kita . sedih bukan ? yup .
orang kaya atau orang yang berada selalunya akan menyisihkan golongan yang kurang berada atau lebih senang ialah orang miskin . bukan semua tetapi kebanyakkannya begitu . betul ? memang betul mungkin ini tidak pernah terjadi kepada anda tapi aku sendiri pernah terkena . sakit hatinya Tuhan sahaja yang tahu .kadang kadang orang kelas pertengahan pun bersikap demikian dengan orang miskin . sedih aku melihat keadaan begini . begitu hina pandangan orang berada terhadap orang susah . aku tidak faham !
tidakkah mereka semua sedar yang kekayaan yang mereka dapat tuu datangnya dari Tuhan dan tidakkah mereka sedar sekiranya Tuhan mahu mengambil balik nikmat yang diberi ia hanya mengambil beberapa saat berbanding beberapa tahun yang kita semua ambil untuk mengecapinya . manusia ini memang tidak tahu bersyukur .
infact , sebelum senang kita semua akan mengalami keadaan susah . mungkin ada orang yang lahir lahir sahaja sudah hidup dilimpahi kemewahan tetapi aku bukan datang dari keluarga yang begitu . aku bermula dengan hidup yang susah dan perlahan lahan kehidupanku berubah . kesenangan mula datang sedikit demi sedikit . Alhamdulillah .
aku gembira dan tidak sedikit pun aku pernah terlupa akan kehidupan dimasa kecilku . aku terpikir orang yang menghukum orang lain mengikut darjat , layakkah mereka ? patutkahh ? mestikahh ? tidak ! aku melihat keadaan di mekah , semua orang , kaya miskin tua muda hitam putih baik jahat semuanya akan memakai warna kain yang sama iaitu putih !
warna putih melambangkan sifat suci , rendah diri dan sudah terang terang menunjukkan bahawa semua manusia di mata Allah adalah sama . tiada darjat tiada taraf tiada kedudukan . tapi kenapa kita sesama manusia tidak boleh melihat manusia lain dengan pandangan yang sama ? aku hairan . manusia memang suka berlagak dan menyombong .
"kalau hang nak tau , nanty hang mati hang pakai kain putih jugak ! duk kat dalam tanah jugak ! apa yang hang dok sibuk pikiaq aku nie orang miskin kaa hang tuu orang kaya kaa ! lama lama nanty kita sama jaa darjat . tu lahh hang pa semua , hang ingat hang orang kaya boleh cakap , layan , hina , cemuh kami sesuka hati . Tuhan pandang umat Dia sama jaa awat hangpa tak buleh wat lagutu ? apa hang ingat hangpa tuu orang kaya buleh masuk syurga kaa ! pirrah !" -kata kata mazlan pep pet dalam sebuah drama-
kata katanya telah membuatku terfikir dan mengangguk . lucu jugak tetapi benar . ada segelintir kawan kawanku yang tidak berkawan denganku kerana mereka tahu aku tidaklahh sekaya mereka . aku tak kisah . sikit pun tak sebab tak rugi pun kalau tak dapat kawan dengan orang macam tuu . aku sedar diri aku dan bagyy aku kalau korang nak kawan dengan aku kawan . kalau tak nak kawan sudah ! and aku lebih suka berkawan dengan semua jenis orang tanpa mengira darjat dan kaum dan aku harap anda juga bersikap demikian .

1 comment:
e'eee, jahatnye sape yang tak kawan dengan kau tu. plus with that excuses, "You're not as rich as we are..".. ptooiihhh.. damn you..
teruskan Aini! berkawanlah atas niat kerana Allah Taala! Ikhlas berkawan! ganbatte!!
Post a Comment