pada tanggal 18 november 2009 merupakan tarikh rasmi aku dinobatkan sebagai calon sijil pelajaran malaysia . perasaan takut dan risau menyelubungi diri aku sepanjang hari ini . dari aku mula membuka kelopak mataku sehingga lahh sekarang aku sedang menaip . perasaan yang tidak selalu datang dan ingin cepat cepat pergi . kertas pertama adalah bahasa melayu 1 . bagiku ia agak sukar dari apa yang aku sangkakan .
kemudian disusuli pula dengan sejarah kertas 1 . aneka pilihan dari a-d . susah :( ape yang dibaca langsung tidak keluar dan apa yang kurang diberi perhatian mendapat perhatian . tapi tidak mengapa kertas 2 masih ada . esok . selepas 2 jam rehat datang pula bahasa melayu kertas 2 . disangkakan sangat susah rupa-rupanya ia lebih mudah dari apa yang aku sangka . syukur . novel , laen yang aku baca laen pula yang keluar . aku jangkakan gaya bahasa dan latar masa atau teknik penceritaan tetapi nilai pula yang muncul . fuhh ! aku menghelakan nafas .
"masa menjawab sudah tamat ! sila letakkan kertas jawapan anda disebelah kiri . semua pelajar dilarang bercakap sehingga kertas anda dikutip !" ungkapan yang bakal aku dengar sepanjang peperiksaan ini . suka tak suka tiada pilihan . esok ada kertas bahasa inggeris 1 dan 2 dan sejarah kertas 2 . buat yang terbaik aini ! InsyaAllah . aku doakan semua calon spm 2009 yang terbaik . sama sama lah kita mencapai kejayaan yang disangkakan sukar untuk dicapai tetapi sebenarnya senang untuk kita semua capai .
2 comments:
oi, pacit tu kata letak kertas jawapan sebelah kanankan?
aku lak, paper BM ok gak ler..
paper Sejarah, aku redha.. aku dah cuba sedaya upaya, belajar bersungguh-sungguh.. tapi soalan keluar, aku tak dapat jawab.. sedih ni..
paper BI lagi aku kecewa, aku minum milo kotak yang cikgu kasi, effect dia kat aku mengantuk.. aku tak dapat jawab paper 2 dengan betul, sebab aku macam lalok, high.. so aku tak dapat fokus, Literature yang belakang tu abis hancur..
ape nak jadi, ape nak jadi.. (T_T)
cuba link ni! best!
http://en.akinator.com/#
Post a Comment