20100126

pengenalan .

pengenalan di tadika ;

nama saya nur aini binti mohamed nasir .

nak panggil apa ?

aini jee . (sambil tersengih tunjuk gigi yang rongak)

kamu berapa tahun ? tinggal kat mana ? dah besar kamu nak jadi apa ?

saya 6 tahun lahh cikgu . duduk dekat sini je . bila saya dah besar nanti saya nak jadi polis . ehh bukan , bomba . ehh bukan bukan , saya nak jadi orang yang jual jual tuu . haaaaa baru betul !

maksud kamu buat bisnes ?

BUKAN ! jual jual ! apa lahh bisnes . mana ada . cikgu ni tak paham saya lahh !


pengenalan di sekolah rendah ;



(senyum senyum dekat semua orang sambil garu garu kepala) nama saya nur aini binti mohamed nasir . boleh panggil aini je .

kamu nak jadi apa bila besar nanti ?

saya macam nak jadi polis . tapi doktor pun best juga . lagi satu saya nak jadi orang yang jual jual tu . mesti kaya !

banyaknya cita-cita kamu . cikgu nak satu je .

saya ada tiga cita-cita mana boleh bagi satu je . cikgu ni orang dah bagi banyak tu ambil je lahh .

*ahahahahahahaha* suara budak budak lain ketawakan cikgu .

baiklah cikgu nak kamu duduk .


pengenalan di sekolah menengah ;


Assalamualaikum semua (sambil senyum) ! saya nur aini binti mohamed nasir . tinggal di ttdi jaya . lahir pada 2 september 1992 .

kamu terlupa cita-cita .

ohh ! sorry sorry . saya nak jadi seorang chef yang terkemuka .

chef ? wahh bagus bagus kenapa kamu nak jadi chef ?

sebab saya suka makan dan saya suka makanan . jadi saya macam terfikir takkan saya nak makan je . mungkin saya boleh membuat orang lain makan dengan membuat makanan untuk mereka . dari situ lah timbul minat saya .

okay , terima kasih aini .


pengenalan kita semua sama . bermula dengan nama , alamat , umur dan cita-cita . tiada yang berubah kecuali alamat dan cita-cita . alamat berubah kerana perpindahan . cita-cita berubah kerana pengaruh dari tv , buku , ibubapa , sahabat handai dan diri kita sendiri .

nama pun boleh berubah dengan penukaran agama . umur ? pun boleh berubah tapi bukan kita yang mengubahnya kerana ia sudah tetap di surat beranak . yang mengubahnya ialah persepsi orang . muka kita awet muda dikatakan muda 10 tahun . muka berkedut dikatakan tua 5 tahun . padahal umur kita tetap . hanya berubah selepas melalui hari lahir kita .


pengenalan hari ini ;

Assalamualaikum dan hai semua(senyum) . nama saya nur aini binti mohamed nasir . boleh panggil aini atau kaio .

kenapa kaio ?

kerana dulu saya mempunyai sebuah kumpulan . kami masing masing mempunyai nama pilihan sendiri dan nama pilihan saya ialah kaio . nama itu juga adalah salah satu watak pilihan saya dalam komik zint .

kamu tinggal dimana ? cita-cita ?

saya tinggal di nilai , negeri sembilan . saya ingin menjadi seorang tourist guide yang berjaya dan ingin mempunyai syarikat perlancongan sendiri satu hari nanti .

okay . terima kasih .

1 comment:

kroit92 said...

hehe, best ar posting ko yang nih.

wah!!!!!!
nama kau yang femes giler tu, Kaio tu watak komik Zint ek?! sama ngan aku.
Kroit!!