
aku tak mintak banyak . aku hanya mahu diterima oleh semua . aku nak semua orang suka aku . suka tengok aku . suka kawan dengan aku . suka segala-galanya tentang aku . susah ke nak penuhi semua tu !
permintaan kau memang tak banyak tapi sukar untuk dipenuhi . kau kene tahu yang bukan semua orang suka kita . bukan semua orang boleh terima kita . perasaan suka tidak boleh dibina secara paksa . ia adalah satu perasaan yang datang dengan sendiri dan pergi pada bila-bila masa . kau kene tahu tu sebab itu adalah asas dalam sesebuah kehidupan .
aku nak jadi macam bayi . bayi senang dia tak perlu buat macam macam untuk orang suka dia . bayi menangis pun orang tetap memberi dia belaian manja . aku inginkan sebuah kehidupan macam tuu . atau jadi artis ! mesti semua akan sanjung dan menyukai aku ! ya !
kau fikir macam tu padahal dunia bukanlah semudah seseronok yang kau sangka . kau kata bayi sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang ? sentiasa ? jadi kau terangkan pada aku kenapa masih ada bayi yang dibuang ? yang dibunuh ? yang dibakar ? artis ? kau fikir dengan menjadi terkenal kau akan digemari ? tidak , siti nurhaliza yang menjadi kegilaan rakyat malaysia tu pun bukan semua orang suka .
habis tu ? buat apa hidup tetapi tidak mengecapi kejayaan dan kegembiraan ? buat apa hidup kalau semua orang benci dan dengki ? apa yang aku boleh buat untuk terus selamat menjalani kehidupan ?
mudah ! kau hanya perlu tahu asas kehidupan dan hidup dengan mengamalkannya . hindarilah 7 pemusnah . bongkak , tamak , nafsu , dengki , malas , gelojoh dan amarah . kalau kau berjaya meloloskan diri dari 7 ini , aku yakin dan jamin kehidupan kau akan berubah menjadi lebih baik dan percayalah kau pasti dapat segala yang kau idamkan .
4 comments:
ramai peminat, ramailah pembenci. biasala tu. =(
never be satisfied of what you've had. Always want to improved to be the best. but never look down onto people..
jadik blur dan emotionless, hahah.
orang tak benci, orang tak suka.
sebab orang tak perasan kita wujud, ngeh ngeh ngeh.
chan && niena: totally agree with u guys :)
kroit: percayalah,kau takkan suka dengan kehidupan macam tu.kalau kau suka pun ia takkan bertahan lama sebab kau akan merana kerana keseorangan.
Post a Comment