20100208

sukar didapati .

kepercayaan !

untuk mendapatkan kepercayaan seseorang itu sangat susah . suami isteri pun ade masalah untuk mendapat kepercayaan antara satu sama lain inikan pulak antara kita dan orang asing . untuk mempercayai seorang yang asing adalah satu benda yang mustahil dan sangat berisiko namun ada diantara kita yang mengatakan ia boleh dilakukan . aku setuju tapi bukan lahh secara total .

jika kita memberikan kepercayaan penuh kepada orang asing kemungkinan untuk kita ditipu adalah 90 daripada 100 . tapi itu tidak bermakna tidak mungkin berjaya . tetapi peratusan untuk berjaya sangat lahh sedikit apa lagi yang melibatkan wang . manusia kini begitu terdesak sehingga sanggup percaya kepada sesiapa tanpa memikirkan tindakannya itu mungkin akan menghancurkan hidupnya sendiri .

sedangkan ahli keluarga pun sanggup menikam kita inikan pula kawan-kawan , kekasih dan orang asing . aku sedar untuk mendapatkan kepercayaan seseorang bukan lahh sesuatu yang mudah . disebabkan masalah ini sebuah hubungan yang sangat baik boleh terkubur dalam sekelip mata . disebabkan masalah ini sebuah kehidupan yang indah boleh berlalu pergi begitu saja . disebabkan masalah ini juga lahh nyawa seseorang melayang .

keikhlasan !

sukar untuk aku jumpa orang yang betul betul ikhlas akan sesuatu . mesti ada saja orang yang membuat sesuatu untuk sesuatu . membuat sesuatu untuk mendapatkan seseorang . adakah ia begitu sukar untuk melakukan sesuatu tanpa balasan ? susah untuk orang yang tidak mempunyai semuanya . mudah untuk yang sudah memperoleh semua kemahuannya .

maksud aku di sini ialah , orang yang susah , yang mempunyai banyak tanggungjawab , yang ada banyak tanggungan susah untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan seikhlas hati . mungkin dia mahukan gaji lebih jadi sanggup untuk kerja lebih masa tapi belum tentu hati dia rela . mungkin dia mahukan mendapatkan perhatian bosnya agar dinaikkan pangkat . semuanya ada ganjaran bukan . orang yang senang pula atau orang yang mempunyai semua kemahuannya mungkin dia tidak megharapkan apa apa sebagai balasan kerana dia sudah mencapai semuanya .

contohnya , p.ramlee , beliau membuat filem untuk menggembirakan hatinya dan orang yang menontonnya . dia tak ambil peduli pasal berapa juta yang dia dapat kutip dalam masa seminggu filem dia ditayangkan . contoh lagi , yasmin ahmad , beliau membuat filem bukan untuk aku , kau dan orang malaysia tetapi untuk menceriakan hatinya dan untuk keluarganya . orang tengok ke orang tak tengok ke dia tak kesah asalkan dia ikhlas membikin filem untuk orang yang dia sayang .

kadang-kadang ada juga yang sanggup berkahwin dengan orang yang dia sendiri tidak cintai semata-mata hartanya . ada juga orang yang berkawan dengan seseorang untuk mendapatkan popularitinya . apa guna berkahwin kan ? apa guna berkawan kan ? sebab itu aku cakap keikhlasan masa kini sukar susah untuk kita dapat . senyuman yang kita terima hari hari tu pun belum tentu ikhlas .

2 comments:

kroit92 said...

waa, berilmiah betul posting kali ni., bagus-bagus.

aenny said...

hehe , kadang kadang jee berilmiah .