
kerjaku hanya untuk sementara namun keseronokannya tidak boleh diganti.
aku mulai kerja pada 190310. jumaat minggu lalu. niat dihati untuk membantu kawanku dan menambah pengalaman. syukur sekali kedua orang tuaku memberi lampu hijau. perginya awal dan pulangnya lambat. dan begitulah aku sepanjang 10 hari itu. 10 hari dipesta buku.
berkenalan dengan orang baru adalah salah satu lagi keseronokan bekerja. berinteraksi dengan pelanggan yang datang dari entah mana-mana menggembirakan aku. tambah pula kalau aku berjaya membuat mereka membayar untuk buku pilihan mereka yang telah aku syorkan. aku puas hati dengan pekerjaan ini biarpun ia hanya untuk sementara malah aku sudah merinduinya.
p/s; pekerjaan aku telah mengambil suara aku dan masa aku untuk meng-update blog, facebook dan myspace. harap maklum. teruskan membaca.
5 comments:
haha..seronokkkk
kecoh gilaa time kau serbu booth kitaorg harituuu!!! hahahahaha
bestnye, bestnya
tangki poodle acih apoh!
mmg best awal! ;) satisfying lahh aku kerja situu even untuk 10 hari jee. thanks nabil sbb invite aku!
Post a Comment