20100513

keluh-kesah


semua orang tahu piala thomas dah pun bermula dan aku tak terkecuali! aku rasa kedatangan piala thomas lebih ditunggu-tunggu berbanding world cup. mulai jam 6 petang aku terus tukar siaran tv aku ke tv1 atau 801.

sekejap in. sekejap out. sekejap smash. sekejap foul. adakalanya aku mengeluh. adakalanya aku resah. adakalanya aku menjerit. menjerit marah. menjerit menyumpah. kedua-duanya ada. tetapi satu yang paling aku suka. kepuasan kemenangan untuk negara Malaysia.

Ya, aku puas sekali bila Malaysia berjaya.

kalau kalah? tidak mengapa mungkin bukan rezeki Malaysia untuk menang saat itu.

aku benci mereka-mereka yang hanya tahu mengutuk dan melemparkan kata-kata buruk kepada pemain kita. aku yakin mereka pun bukan mahukan kekalahan namun rezeki kemenangan tidak berpihak kepada kita. redha sajalah.

daripada kutukan dan cacian baiklah dihulurkan kata-kata semangat dan dorongan. aku tahu kita boleh menang. kalau bukan kali ini mungkin kali yang lain.

2 comments:

kroit92 said...

haha, aku tengok sambil kunyah biskut, bila out je aku menjerit,
tersembur habis.

cuba ingat berapa kali out?
banyak tu lah aku menyembur, hahaha

aenny said...

teruk sungguh! hahahah. takpe lahh janji kau bahagia.