
'susah tak aku nak hidup dekat sini nanti?'
'macam mana aku nak bergaul dengan orang baru nanti?'
'apakah aku akan menerima kejutan budaya?'
'kalau aku tersilap pilih kawan macam mana?'
'kalau kawan baru aku tu tak suka dekat aku macam mana?'
'macam mana itu? macam mana ini?
selesai ibuku membayar segala yang perlu aku menuju ke hostel aku. 20 orang semuanya. mata mereka meliar menyelidiki aku dari kaki hingga ke kepala. aku hanya mampu tersenyum sumbing disebabkan segan dan gementar.
disebabkan tiada pilihan aku memilih katil nombor 13 belas tingkat atas. aku lebih suka yang bawah sebab tak perlu nak mengangkang-ngangkang untuk panjat keatas tapi tak apalah. asalkan aku ada tempat tidur dan ada tempat nak belajar.
dalam hati aku tak puas-puas mengucapkan syukur namun terselit sedikit sebanyak rungutan-rungutan mengenai kebersihan dan bilangan tandas. aku nak tergelak besar bila dapat tahu bahawa tandas ada dua sahaja. terpaksa lahh berebut setiap hari.
lepas makan tengah hari, kedua orang tuaku menghantar aku kembali ke hostel. aku salam dan peluk mereka buat kali pertama aku berjauhan sebegini lama. perasaan sedih dan sayu perlahan-lahan mengetuk pintu hati aku.
sejurus selepas mereka tutup pintu kereta, air mata yang aku tahan selama hari itu tumpah juga. merembes keluar dari mataku dengan laju. dapat aku rasakan pipi aku mulai lembap. sebelum orang tua aku nampak aku sedang menangis, cepat-cepat aku seka air mata aku dan
melambai keras ke arah mereka sambil aku tersenyum palsu.
bermula lahh perjalanan aku dengan orang-orang baru yang masih belum aku kenal hati budi mereka. bermula lahh perjalanan aku sebagai seorang pelajar ipta. bermula lahh perjalanan aku untuk belajar hidup berdikari.
doakan aku berjaya mengharunginya dengan tenang dan sabar ;')
4 comments:
ala. xlama lg u akan ada geng sendiri kat universiti nnt. but, for a heads up, akan ada 'backstabbing' kat dlm kelas nnt la. biasa la tuh.
anyways, congratulations sbb masuk ipta! =)
sedih aku bace..sayuu..
semoga kau berjaya dlm perjuangan kau aini..aku syg kau. walaupun aku tak rpt dgn ko..tp mcm aku rse suke bile ckp dgn ko. ;))))
tgk,kau dah start blaja dr aku?
hebat kan?
future mmg tak boleh dijangke..
tahniah syg! <3
luv u.;))))
im quite afraid about the backstabbing thingy lahh but i'll be fine i think.
thanks for the advice btw. ;)
soleyy, aku syg kau jugak wehh. sumpah sembang dgn kau macam kitaa da kenal lama gilaa kott.
but still im gonna miss u a lot when im gone. trust me i will. kau pun nnty blaja jgk. poli okay what.
love u moreeeee babe!!!! ;)
Post a Comment