20100702

perasaan tersimpan

setiap pagi aku akan bangun dan merindukan ibu aku.

setiap jam 6 pagi aku membuka mata aku dan mengenangkan keluarga aku yang kini jauh dari sisi aku. perassan rindu aku membuak-buak terhadap ibu aku. tidak pernah walau sekali pun aku jauh dari dia. paling lama pun 3 hari 2 malam. itupun sudah cukup lama bagi aku.

aku bukan anak emak. jauh sekali anak manja!!! aku bukan kedua-duanya. tapi aku anak sulung.

aku dan ibu jarang sekali. sangat jarang. terlalu jarang meluahkan perasaan kami. boleh dibilang berapa kali kalimah 'i love you' di layangkan. mungkin sekali atau dua. begitu jugalah kalimah 'i miss u'.

aku dan ibu tidak perlukan kalimah-kalimah seperti itu untuk menunjukkan sayang mahupun rindu kerana kami berdua saling mengetahui.

dan sekarang ini, aku sangat merindui dia. sangat-sangat rindu tapi aku tahu akan tak akan boleh luahkan depannya. bukan ego, bukan malu tapi sudah memang begitu.

dan begitulah aku setiap pagi. bangun dan merindukan ibu aku.

1 comment:

colela said...

kau buat aku menangis baca entry ni. :'(