20100727

surat khabar kedai pak cik india

sejak aku sudah mula belajar ni, banyak jugak lahh isu-isu semasa yang aku terlepas pandang, baca dan dengar. jadi apa yang aku boleh buat ialah dengan membeli surat khabar setiap pagi sebelum ke kuliah.

hinggakan pak cik india yang menjual itu pun dah kenal sangat dengan aku. faham sangat apa yang aku nak beli. masak sangat dengan bahan bacaan aku.

disebabkan sudah terlalu lama aku melupakan bahasa inggeris jadi bahasa inggeris aku dah jadi tak terer sangat berbanding dulu. aku terpaksa membeli surat khabar orang putih untutk memperkasakan bahasa orang putih aku.

dan sekarang ini, aku masih lagi dalam proses memperkasakan orang putih dalam diri aku tapi melayu masih kuat dalam darah aku. don't worry baby! ;)

2 comments:

Chan said...

bagus!

bkn senang nk jumpe bdk2 zaman skg yg baca suratkhabar.

jap2, i pown da lama xbaca suratkhabar. =p

aenny said...

tau tak pe. dah nak pupus dah golongan yang bace paper! hahahah

u pun dalam golongan tuu jugak ke? ;p