20100801

ogos kali ini


ogos mulai menampak diri. wajahnya menguntum senyum.
senyum membawa ramadhan dan merdeka bersama-sama.
ogos ini penuh hikmat. bulan mulia dan bulan merdeka dirai bersama.
ogos ini penuh keinsafan, kesyahduan, ketenangan, dan semangat!

ogos ini ibuku ulang tahun lagi. ogos ini kita puasa lagi. ogos ini kita merdeka lagi.

hati berkobar-kobar untuk merdeka.
hati gembira meraikan ulang tahun ibuku.
hati tenang menghadapi dugaan dan cabaran puasa.

sama-samalah kita menghadapi ogos ini dengan tenang dan sabar.
sama-samalah kita beribadat ramadhan ini dengan ikhlas.
sama-samalah kita kenang jasa perwira merdeka.

ogos kali ini, seronok sekali!


No comments: