20101005

sayang aku terlalu mahal


selaku manusia aku yakin aku juga punyai perasaan sayang-menyayang macam orang lain juga. aku yakin aku juga mahu disayangi. aku yakin aku pun punyai orang tertentu yang aku sayang. aku yakin aku punyai perasaan ini kerana aku tahu Allah cipta semua manusia punyai perasaan yang sama ini.

untuk aku sayang seseorang yang baru dalam hidup aku akan mengambil masa. bukan sekejapan cuma tapi lama mungkin selepas aku masak habis dengan perangai dia. tapi tak mustahil kalau orang yang baru aku kenal untuk aku sayangi kerana akan sentiasa ada manusia-manusia utusan Allah disisi aku yang tahu menggembirakan aku. Alhamdulillah.

percayalah kalau aku katakan yang aku sayang maknanya aku sayang kerana sayang aku terlalu mahal untuk ditunjuk. malu mungkin. tapi aku mahu kawan-kawan semua tahu bahawa aku sayangkan kauorang.

aku tak perlukan sayang yang melebihi dari kawan kerana sayang sebagai kawan sudah cukup untuk memenuhi rasa sayang yang kosong dalam hati aku. ada masanya aku sepi tapi aku akan cepat terubat dengan kehadiran hamba Allah yang sentiasa menyayangi aku kembali. apa yang penting sayang aku terhadap hamba-hamba Allah ini tidak pernah tak berbalas.

tapi kalau aku harapkan sayang yang lebih dari kawan belum tentu sayang itu akan kekal dalam hati aku mahupun hati dia.

No comments: