mampu menipu
aku suka senyum! sangat suka. gembira aku senyum. malu aku senyum. gementar aku senyum. sedih aku boleh senyum. marah pun ada masanya aku masih mampu untuk senyum. jadi tak ramai yang mampu menafsir senyum aku. senyum aku mampu menipu semua. bibir aku sering mengukirkan senyum hampir sepanjang masa namun hati menangis dalam senyap. kenalan aku tahu banyak mana aku senyum dan banyak mana aku menangis. boleh dibilang bila aku menangis yang benar-benar menangis. tidak apalah biar aku sahaja yang tahu tafsir senyum aku. senyum aku lebih pandai menipu dari aku. lagi pula senyum akan melambatkan penuaan sebab ini juga aku rajin senyum ;D
No comments:
Post a Comment