20110108

mulut ke telinga


telinga aku bukan senipis kertas A4 tapi tak setebal tilam VONO. jadi setiap apa yang aku dengar mengenai aku atau kawan-kawan aku pasti akan menerobos masuk juga ke telinga aku. cuma sahih atau tidak sahaja.

tapi aku ini jenis yang tak ambil pusing tentang apa-apa cerita mengenai aku. baru-baru ini aku mendapat tahu lagi cerita buruk-buruk mengenai aku yang disebarkan oleh seorang perempuan bermulut puaka. kalau betul ceritanya mungkin aku tak ambil pusing tapi ceritanya FITNAH! termenangis aku.

mungkin orang akan cakap aku tak patut nangis sebab cerita tu bukan betul pun, alah yang penting aku tak macam tu, orang yang kenal aku tahu perangai aku yang sebenar, tak payah risau. memang itupun nasihat-nasihat yang aku terima. aku tak boleh buat apa selain mendengar fitnahnya dan sabar. nak tampar, anak orang. tambah pula, bergaduh memang bukan cara aku. tak apalah.

mereka yang tak terkena boleh berbicara tapi kita yang menjadi mangsa hanya mampu bermuram durja.

1 comment:

kroit92 said...

والفتنة أشد من القتل
= “Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

tu diaa, budak UIA copy paste dari internet, hahah

sabar jelah, mulut manusia takkan berhenti sampai bila2.

petnah paling lawak aku pernah dengar pasal aku, disampaikan daripada makcik-makcik jiran mulut longkang:
"Awalluddin tu, lari pegi KL dengan kawan-kawan dia. Dialah yang ajar budak-budak tu tempat tak elok dot dot dot.."

padahal aku tengah joget kat rumah, aerobik kuruskan badan, bwahahaha

jaga aib orang di dunia, dan Allah jaga aib kita di akhirat kelak.