20110228

bumi pantas

*mengeluh.

aku penat. nafas tersekat. udara yang aku hirup bersih atau tidak aku sudah tak kisah! asalkan jantung aku ini dapat oksigen yang secukupnya. kaki kebas, perut sakit, tangan lenguh, kepala pusing aku sudah tak tahu nak buat apa untuk hilangkan sakit tak diundang ini. malah, aku sudah lali. sumpah, aku penat! kerja tak surut-surut. masalah pun tak pernah pupus.

*mengeluh lagi

kadang aku mahu saja menangis. tapi aku sudah tak mampu. kering sudah kot air mata aku. bumi ini berputar pantas sekarang, terlalu pantas. tahu-tahu saja sudah mahu habis bulan dua. sikit saja lagi untuk menginjak masuk ke semester tiga. cepat betul putaran masa. kalau leka mati aku. jangan leka aenny, jangan leka!


p/s; Ya Allah, kau kuatkan imanku Tuhan. Kau sabarkan hati aku ini Ya Allah. Kurniakan aku kekuatan dariMu, kurniakan aku kesabaran dariMu, dan kurniakan aku kejayaan di duniaMU dan di akhiratMu. Amin Ya Rob :'((
*menangis

No comments: