010411 Majlis makan malam bersama pra graduan uitm dan utm diadakan buat kali pertama dalam sejarah Institut Teknologi Perak. Dan yang paling penting ialah aku sebagai pengacara majlis! ;D Yes, bila aku jadi pengacaranya gerentilah majlis tu lagi best. Hahaha. Pengacara bersama aku ialah senior UTM Mah We Zen. Bukan Maher Zain. Comel kot. kalau melayu memang dah lama I ngorat! :p Majlis bermula pada jam 8.30 malam dan pukul 6.00 baru nak terhegeh-hegeh buat skrip dengan We Zen. Haishhh teruk betul pengacara majlis. Ramai yang hadir semua lawa-lawa tapi ada juga yang fashion disaster.
Mah We Zen & Aenny NaserMalam tu nak majlis petang tu baru beli kebaya labuh. Memang last minute gila. Kebaya tu besar pula tu tapi nak buat macam mana memang terpaksa beli sebab yang lain macam buruk. Takpa kebaya tu boleh alter nanti ;D Persembahan pembukaan dari percussion Perkusigatra. Best gila! Makan pun sedap malam tu. Lasagne, rendang ayam, fish tempura and etc. So far everything went well at that night. Tema modern contemporary. Warna merah dan purple.
Gabungan emcee yang hebat! Cehh. 1st time jadi emcee untuk event macam ni, nervous gila mula-mula tapi lama sikit lepas tu okay. Ada sorang senior nyanyi lagu boyfriend aku Sedetik Lebih- Anuar Zain. Dapat je mic mula je dia nyanyi terus kaku aku. Suara sebijik macam boyfriend I. Sumpah, masa tu jantung aku macam nak luruh! ;o Aktiviti terakhir malam majlis tu ialah joget lambak. Perkusigatra sekali lagi buat persembahan untuk menutup majlis. Aku memang tak lepaskan peluang menari malam tu. Menari habis-habisan. Konklusinya, majlis tu memang seronok!
Aenny Naser & Alleysa Zurin(penyanyi)
2 comments:
pergh. jadi host malam tu ye! terbaik lah ! I'm proud to be your best buddies ! hahaha! lawa kebaya wehh ! =D
Thanks honey! lawa? eeeee, aku nak alter nanti. besar gilaa
Post a Comment