20110518

WTF, guys?

Aku pelik dengan lelaki. Tak mungkin aku akan faham kaum Adam ini.

Kalau kami perempuan bagi phone number kami cepat sangat kami akan dikata atau dikategorikan sebagai perempuan murah. Kalau baru sangat kenal dah bagi phone number padahal kauorang yang mintak kami akan dilabel 'perempuan senang nak dapat', 'perempuan buat main' dan label-label lain yang kami tidak gemar.

Kalau kami bertegas tak mahu bagi phone number kami akan dikata atau dikategorikan pula sebagai perempuan sombong. Kalau kauorang mintak phone number kami dan kami berkeputusan tak mahu bagi kauorang akan labelkan kami 'perempuan jual mahal', 'perasan cantik', 'bajet hot' dan label-label lain yang kami tak gemar.

Aku pelik, tak faham dan takkan tahu kenapa kauorang macam ni. Ada antara kauorang yang tak macam ni. Aku tahu cuma bilangan yang tak macam ni ini terlampau sedikit. Sesiapa yang tahu kenapa mereka macam ni tolong terangkan pada aku. Aku penat cari jawapan dan dah jelak kena label.

3 comments:

Charymien said...

Tau takpe. Susah kot jadi perempuan.
Macam-macam kena label dengan lelaki.
Drg juga bagus en? hahah.
Kalau drg tegur, kita tak layan kena la cop sombong.
Kalau kita layan just for the sake to be nice & friendly kena cop perempuan gedik la, senang nak dapat la apa la.. wtv je la. haha

aenny said...

i rase semua perempuan setuju dengan hal ni. yelahh, buat mana-mana pun kena label buruk-buruk jugak. i tak faham dan i rase i takkan faham.

jay said...

Kalau ikut pengalaman Kak Jay, Kak Jay bg aje no kat sape-sape mintak. Siapa tak mintak pun Kak Jay bg aje. Kalau ada org call, cakap aje. Kalau kena ganggu. Ganggu semula.