20131208

Pusingan U

Assalamualaikum.
Hai. 

I am sorry.
I have been very lazy.

Minta maaf sebanyak-banyaknya kepada para pembaca belog. Aku bukan takde internet, cerita, masa, idea. Aku cuma malas. Okay, aku akan cerita apa yang jadi pada aku bulan-bulan lepas sebelum nak masuk tahun baru ni. :D Lagi pulak hujung bulan ni aku ada final exam. Sebab tulah nak kena cerita sekarang.

Mei - Jun 2013
Aku cari kerja sambilan sementara nak tunggu untuk ijazah. Dan Alhamdulillah ada rezeki jadi cikgu tadika. Seronok gila kerja! Jaga budak-budak tu memang best gila tapi ada yang degil tu Ya Allah sabar jelah. Stress gila handle diaorang. Tapi budak-budak tu baik cumanya ada masa-masa diaorang annoying sangat. Hahaha, annoying yang comellah. Start je kelas teruslah rasa nak kencinglah, hauslah, padahal waktu perhimpunan elok je. Tak penuh pulak pundi kencingnya, Hahaha. Tapi yang sedihnya, aku kerja sebulan setengah je.

Julai - September 2013 
Aku berhenti kerja sebab jaga opah aku. Opah aku memang dah lama ada kencing manis. Sejak muda-muda gituuu tapi lately ni kencing manis dia makin menjadi-jadi. Bacaan kencing manisnya langsung langsung tak nak turun. 36, 30 - 26 boleh gila aku fikir. Jadi, aku ni macam nurse-lah konon. Jaga opah aku, kawal pemakanan dia, bawak pergi check-up. Dan Alhamdulillah bacaan kencing manis opah aku berjaya aku turunkan sampai ke 14. Boleh jadi nutritionist aku nih. Jaga opah aku tak susah mana cuma pantangnya banyak sangat. Ini tak boleh makan. Itu tak boleh makan.


September - Sekarang 2013
Rezeki Allah bagi lagi kat aku. Alhamdulillah, dapat sambung ijazah di UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM). Kursus yang sama jugak. Degree in Tourism Management! Seghonok!!! Mungkin tak sama dengan kawan-kawan kat Ipoh dulu tapi sama dengan kawan-kawan time sekolah menengah so best je! :D Classmates aku semuanya okay! Superb! Riuh gila!!! Course aku HM241. Kelas 3D. New environment, friends, dialect and more to adapt. Awesome! Lepas tu masuk pulak Kelab Warisan Budaya kat KBM ni. Aku masuk koir bicara berirama. Alah, choral speaking. Best gila!!! :D Next post in sha Allah aku post-kan videonya. Dan pada November, aku berkonvokasi di Seri Iskandar!

Jadi, itulah apa yang berlaku pada aku sepanjang bulan-bulan yang lepas. I must say that 2013 is a great year for me. Finished my diploma. Continue my degree. Life just get better. Indeed, Allah knows best.

No comments: