
tapi aku pula berpendapat bahawa mungkin ini adalah balasan untuk mereka. mungkin mereka terlebih dahulu menderhaka kepada anak-anaknya. maksud aku disini ialah kemunginan besar di masa mudanya mereka telah melakukan sesuatu yang membuat mereka dibenci oleh anak-anaknya.
ibubapa memilih kasih diantara anak-anaknya. ibubapa yang kaki pukul. ibubapa mengongkong. ibubapa yang tidak memberikan perhatian anak-anaknya.
disebabkan inilah anak-anaknya mengabaikannya di masa tua. percayalah orang takkan membuang orang lain dari hidupnya tanpa sebab, terutamanya ibubapa kita sendiri. segala-gala yang berlaku sudah tentu mempunyai sebabnya sendiri.
aku bukannya menyokong mereka-mereka yang mencampak orang tuanya entah ke mana-mana cuma menerangkan bahawa sesuatu yang terjadi pasti ada puncanya.
1 comment:
good point
Post a Comment