20100226

balasan

pada awal tahun kita digemparkan dengan banyak berita 'anak buang bapak', 'anak derhaka', 'si tanggang' dan bermacam-macam lagi tajuk berita yang menghidangkan topik yang sama. ini bukanlah perkara baru untuk aku. malahan aku sudah naik jelak membaca berita begini.

tapi aku pula berpendapat bahawa mungkin ini adalah balasan untuk mereka. mungkin mereka terlebih dahulu menderhaka kepada anak-anaknya. maksud aku disini ialah kemunginan besar di masa mudanya mereka telah melakukan sesuatu yang membuat mereka dibenci oleh anak-anaknya.

ibubapa memilih kasih diantara anak-anaknya. ibubapa yang kaki pukul. ibubapa mengongkong. ibubapa yang tidak memberikan perhatian anak-anaknya.

disebabkan inilah anak-anaknya mengabaikannya di masa tua. percayalah orang takkan membuang orang lain dari hidupnya tanpa sebab, terutamanya ibubapa kita sendiri. segala-gala yang berlaku sudah tentu mempunyai sebabnya sendiri.

aku bukannya menyokong mereka-mereka yang mencampak orang tuanya entah ke mana-mana cuma menerangkan bahawa sesuatu yang terjadi pasti ada puncanya.