20100210

lama menghilang . datang kembali .

dia datang duduk disebelahku sambil tersenyum lebar . aku melihatnya dan tanpa perlu bertanya dia terus bercerita kepada aku . terus bercerita . bercerita tanpa henti . bercerita dengan penuh semangat dan keghairahan . aku hanya mendengar . mendengar dengan setia . mendengar sehingga leka .

lalu dia ketawa . ketawa sepuas hatinya . ketawa kegembiraan . sejenis ketawa yang aku sudah lama tidak nampak . sebenarnya aku sendiri tidak tahu bila kali terakhir dia ketawa begitu . sudah lama , terlalu lama . mungkin juga ini kali pertama aku melihatnya ketawa yang penuh dengan keseronokan !

aku tumpang gembira dengan dia . melihat dia gembira membuatkan aku menangis . menangis kerana dia gembira . menangis kerana sudah lama atau mungkin aku sendiri tidak pernah melihat dia begitu seronok . dan akhirnya aku menangis memikirkan berapa lama kegembiraan keseronokan yang dikecapinya itu akan bertahan .

aku hanya mampu berdoa kepadaNya agar ketawanya seronoknya senyumannya gembiranya akan terus berkekalan .

abah , i am glad to see that u are happy :')

1 comment:

colela said...

nak nangis aku bace entry ni.huu