
lalu dia ketawa . ketawa sepuas hatinya . ketawa kegembiraan . sejenis ketawa yang aku sudah lama tidak nampak . sebenarnya aku sendiri tidak tahu bila kali terakhir dia ketawa begitu . sudah lama , terlalu lama . mungkin juga ini kali pertama aku melihatnya ketawa yang penuh dengan keseronokan !
aku tumpang gembira dengan dia . melihat dia gembira membuatkan aku menangis . menangis kerana dia gembira . menangis kerana sudah lama atau mungkin aku sendiri tidak pernah melihat dia begitu seronok . dan akhirnya aku menangis memikirkan berapa lama kegembiraan keseronokan yang dikecapinya itu akan bertahan .
aku hanya mampu berdoa kepadaNya agar ketawanya seronoknya senyumannya gembiranya akan terus berkekalan .
abah , i am glad to see that u are happy :')
1 comment:
nak nangis aku bace entry ni.huu
Post a Comment