20100701

kurus

perut aku selalu meragam. meragam tak kira tempat. bila-bila je aku rase nak berak. time kat dalam kelas lahh, time malam-malam buta lahh, time pagi-pagi lahh. time tengah hari lahh. bila-bila lahh yang perut aku rasa nak meragam.

dormmate aku sekarang ni semua kurus-kurus. maksud aku KURUS!!! 50kg ke bawah! hanya aku dan seorang kakak senior yang menjadi ahli tetap kelab 50kg++.

biarpun aku cuma 53kg tapi bila dah ada dalam persekitaran macam tu nafsu aku untuk mengurangkan makan semakin membuak-buak dari hari ke hari biarpun aku cuma seminggu baru.

semalam perut aku meragam lagi. dalam perjalanan aku ke tandas seorang dormmate aku bertanya mahu kemana dan mengapa.

"woi, hang nak pi mana?"
"berak!" (tepuk-tepuk perut dan terus berjalan)
"tak habis-habis berak. berak banyak tapi badan besaq jugak."

untuk makluman kauorang, kawan aku tu berat dia 36kg sahaja.

untuk orang seberat 36 cakap macam tu dekat orang 53 umpama batu berat menghempap kuat ke atas dada aku. sakit! pedih! makan dalam kott!!!

aku yang sedang berak saat itu jugak berazam untuk menjadi lebih kurus! aku tahu kauorang semua akan cakap tak payah lahh, berat aku dah ideal, blah blah blah tapi kalau kau ada di tempat aku mungkin itu yang kauorang akan lakukan.

1 comment:

colela said...

hehe..aku pun weh!!!!