20110424

Silap dan maaf

Manusia yang normal akan melakukan silap dan akan minta maaf kemudiannya. Adalah normal juga manusia melakukan silap dan mengulanginya lagi dan lagi. Begitu juga aku, kau dan semua kita.

Aku tak nafi yang aku memang selalu buat silap pada manusia-manusia keliling aku tapi itu tak bermakna aku tak rasa bersalah. Dan begitu juga kawan-kawan aku. Mereka juga turut melakukan salah terhadap aku. Terasa? Kadang-kadang ada tapi selalunya aku tak terasa sebab aku rasa hidup ini terlampau singkat untuk kita terasa lama-lama. Tambah pula aku pun tak sempurna mana.

Manusia yang selalu terasa dan kemudian mengharapkan maaf kadang-kadang menjelakkan aku sebab hati kita terasa belum tentu orang tu tahu. Lepas tu kita nak marahkan dia padahal kita ini yang sensitif terlebih. Oleh sebab itu aku sering bertanyakan kawan-kawan aku kalau aku yang hina ini ada menyakitkan hati mereka dan memohon maaf.

Setiap malam sebelum tidur aku akan bilang pada diri aku yang aku maafkan semua orang dan halalkan semua yang aku beri. Orang maafkan aku tidak itu terpulang pada hak individu itu sendiri. Aku tak boleh paksa dia maafkan aku jadi aku redha. Dah alang-alang aku tulis macam ni aku nak minta maaf pada pembaca belog aku(kalau ada) sekiranya ada entri aku yang pernah menikam hati kauorang semua.

Maafkan aku, niat aku cuma menulis bukan nak perli sapa-sapa. Maaf.


Sharifah Amani(Muallaf) - So, are you ready? Now close your eyes and forgive everyone that has hurt you today. Forgive them with all your heart. Then you can sleep.

No comments: