Kejayaan.
Setiap kali selepas solat aku pasti setiap hamba Allah akan berdoa memohon keampunan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Pasti. Biarpun kita semua tahu usaha kita tak sebanyak mana untuk meminta macam-macam pada Tuhan tapi kita tetap mahukan lebih dari usaha. Aku? Pun sama saja macam kau-kau semua. Aku paling mahukan kebijaksanaan dan kejayaan dalam perhubungan aku dengan matematik. Aku dan matematik sejak dahulu lagi memang tak ada jodoh jadi setiap kali solat akan aku doa supaya hubungan kami berdua menjadi dan terus berkekalan. Saya sayang matematika! Tak putus-putus juga mendoakan supaya semua hamba Allah dikurniakan keampunan, kejayaan, kebahagiaan dan limpahan rezeki. Dan aku sebagai pelajar mahukan supaya aku jadi seorang pelajar yang cemerlang setiap semester.
Rezeki Tuhan bila-bila masa dan kita takkan tahu. Benar waktu sekolah dulu aku dungu tapi aku akan pastikan supaya sepanjang aku bergelar mahasiswi ini aku akan cemerlang. Rezeki aku mungkin kini.
No comments:
Post a Comment