
Aku kenal ramai orang. Kenal betul-betul ada dan yang kenal hanya pada nama pun ada. Ada 2 jenis manusia yang aku suka untuk kenali dan amati. Manusia yang muka baik tapi hati busuk. Manusia yang muka macam penjenayah negara tapi sebenarnya baik hati nurani. Manusia-manusia ini sangat sukar untuk dikenal pasti hati mereka sebab aku sebagai manusia normal yang sama macam kamu-kamu semua sering melihat seseorang pada wajah sebelum hati.
Betul tak? Mesti betul punyalah. Tak payah nak kencing akulah.
Paling best kalau manusia itu bertudung, pelajar dari sekolah agama, anak ustazustazah dan yang sama waktu dengannya. Orang-orang dalam golongan ini tidak semua sebaik yang kita semua sering andaikan. Mereka ini pun manusia biasa juga macam aku. Buat jahat juga bezanya cuma sejauh mana mereka sanggup pergi. Ada antara mereka yang lebih handal buat dosa berbanding kita nampak kurang baik ni. Tapi mereka terlepas dan kita terpalit.
Aku pernah ada insiden dengan orang dari golongan ini dan semestinya aku kalah dalam pertempuran itu biarpun bukan aku yang memulakan dan yang mengeruhkan. Aku tiada kelebihan seperti mereka. Wajah yang lembut, perilaku yang menyenangkan, pemalu, pendiam dan semua sifat-sifat yang orang gemar. Aku kasar, bising, gila, kerek dan dari karakter ini mana mungkin aku dilabel baik?
Untungnya orang seperti ini mereka tak perlu susah-susah buang duit beli topeng spider-man, batman atau topeng ultraman untuk bermuka hanya bermodalkan wajah ciptaan Tuhan mereka sememangnya akan berjaya. Aku tidak membenci mereka-mereka ini cuma memohon agar mereka tidak mengambil kesempatan atas manusia-manusia tidak bermuka baik seperti mereka.
Bukan sekali dua terkena. Sabar jelah.
Aku bukan nak kata yang aku baik. Tidak. Cuma menyatakan yang bukan semua baik itu baik dan bukan semua buruk itu jahat. Kenali sebelum hakimi.
No comments:
Post a Comment