20120425

KLIBF 2012

Assalamualaikum. Tengok poster kat atas tu. Macam best-kan event ni. Yes, Book Fair kembali lagi and this time paling besar di Malaysia dan Asia Tenggara. Lebih dari 750 gerai dan 250 pempamer. Besarkan?!? :D Excited betul. Dan Alhamdulillah pesta buku kali ini aku berpeluang sekali lagi untuk bekerja dengan syarikat buku KarnaDya Solutions. Dulu 2010 kali ni 2012 pulak. Jadi. untuk itu aku akan away sampai 060512 ni. Untuk bekerjalah jadi aku takkan punya masa untuk update entri-entri baru selalu. Maaf ya para pembaca. InshaAllah kalau ada banyak gambar aku akan cuba upload kat sini nanti. Papepun anda semua dijemput hadir. Masuk PERCUMA! :DD Dan singgah-singgahlah di booth KarnaDya. Ada banyak diskaun! Ada penulis-penulis terkenal seperti Ahadiat Akasyah, Aina Emir, Mimie Afinie , Delimawati (pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah). Okay, tak boleh cerita banyak-banyak nak tahu kena datang sendiri. Baru suprise. Bye, I'll see you there! ;)

p/s: Blogger update baru dia punya post settings jadi pening aku. Padahal baru semalam setting lama. Yang lama lagi senang. Kauorang rasa?
 

No comments: