Assalamualaikum para pembaca blog.
*ayat macam ramailah sangat pembaca. hohoho*
Pertama sekali, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama sangat tak update blog. Allah sahajalah yang tahu betapa busy-nya aku semester ni. Sekarang dah sem 5, sem 6 nak praktikal pulak, jadi diminta kauorang semua fahamlah aku busy macam mana kan. Walaubagaimanapun, aku nak kongsi berita baik dengan uolls.
Syukur kepada Allah SWT aku dah dapat tempat praktikal. Aku ditempatkan di Tourism Malaysia. Pejabatnya di Ipoh. Dokek yolah dongan tompek ngaji den. Hehehe. Dan aku akan mulakan praktikal 291012 - 040313. 4 bulan wooo. Lama kot. Setahu aku tak ada elaun daripada Tourism Malaysia tapi tak tahulah kot-kot nanti dia nak bagi jugak token of appreciation ke. Heeee.
*senyum-senyum angkat kening*
Dan berita baik lagi nak dikongsi. Alhamdulillah syukur hubungan aku dan Datuk Farid Jasni sudah pun mencecah 1 tahun 3 bulan pada september ini. Doakan kami semoga hubungan kami kekal hingga putus nyawa dan bersambung pula di Jannah.
*ayat tak nak kalah, skrip yusof haslam pun tak over macam ni. hahaha*
Dan nak kongsi jugak, baru-baru ni aku ke Terengganu. Ada assignment buat trip ke sana. Alhamdulillah trip ke Terengganu sangat seronok. Sangat-sangat berpuas hati dengan harga trip which is RM80 untuk 4M3H. Seronok sangat-sangat. Paling aku tak boleh lupa Muzium Terengganu. Aku TAK SUKA pergi muzium. Tak ada muzium yang dapat buat aku rasa seronok tapi Muzium Terengganu tak macam tu.
Muzium Terengganu sangat-sangat best. The best and the biggest museum in Malaysia! Kalau berkesempatan uolls pergilah. Seronok. Dan lagi satu tempat yang buat aku happy is NACC. Noor Arfa Craft Complex. All about batik! SUPERB! KENA PERGI! WAJIB! Oh ya, dan semestinya Kampung Losong!
Wajib cekik keropok lekor losong di Terengganu. WAJIB YA ANAK-ANAK! Hewhewhew.
Okaylah, setakat ini dulu aku taip. Nanti bila ada cerita dan berita aku taip lagi. Dan doakan aku sukses dalam final Oktober ini. Bye uolls. Take care and may Allah bless us all. Amin.
Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh! :D
No comments:
Post a Comment