20121224

Reunion, Makan Malam & Buku Syiok!

 Assalamualaikum! ;D


Maaflah para pembaca sekalian sebab dah lama aku tak update entri baru. Nak kata sibuk tak sibuk mana pun. Mungkin otak aku ni dah kekeringan idea. Pastu praktikal lagi. Padahal kadang-kadang tu tak buat apa pun. Heee, sorry uolls.

Jadi saya mahu berkongsilah cerita setelah takda apa entri yang terbarukan. Hari jumaat yang lepas aku balik Kedah. Ada perjumpaan keluarga belah abah aku. Perjumpaan besar-besaran punya. Syioklah, Kenal-kenal dengan ahli keluarga baru even though bau-bau bacang je kan but still keluarga jugak. Tak boleh kahwin okayh! :p lepas tu ada makan-makan free ;) Then habis je majlis tu terus balik Ipoh. 

Nak melawat-melawat keluarga di Perak pulak. Belah ibu aku. Syiok ohh jalan-jalan. Sampai di Ipoh makan malam di Mee Rebus Ramli cawangan Tasek. Lamb Chop for dinner. Soo sedap! ;D Dan keesokan harinya lepas melawat opah kesayangan hamba di Sungai Siput balik ke Ipoh hantar aku maklumlah Isnin kerja. Sebelum balik sempat makan-makan, jalan-jalan di Mydin Meru Raya. 

Dan malamnya pula, lepak-ing di bilik tercinta. Makan malamnya ialah roti mexico bun Papparoti. Beli kat Mydin sebelum balik. Aku rasa sebab dah lama sangat tak makan roti tu sekali dapat makan aku balun 2 terus. Rasa macam makan makan malam paling sedap di dunia! :O Sambil makan baca buku sikit. Buku baru saya baru beli masih cantik lagi tahu. Heee. 

Tentang Cinta - Pahrol Mohamad Juoi dan Change of Heart - Jodi Picoult. Good dinner and good book just made my day a whole lot better! :D Dapat jumpa family pulak lagi. Thank you Allah.



That's all for now. Till next time. Bye, take care guys. Assalamualaikum ;)

No comments: