Assalamualaikum.
Aku nak cerita kat kauorang pasal aku punya hari terakhir di Ipoh. Aku balik Nilai pada 310313 tengah hari. Abah aku ambil aku but first dia kena datang Ipoh dulu naik bas. Okaylah, perancangan semua dah okay. Beg dah kemas, barang-barang semua dah simpan.
Pagi hari yang aku nak balik tu, ingat nak pergi isi minyak kereta bagi full tank supaya senang nanti tak payah nak pergi petrol pump dah. Jadi, pagi yang indah itu aku nak pergi isi minyak dengan Farid. Saja nak spent time with him on my last day. Spent time isi minyak pun okay apekan. Heeee.
Dah masuk dalam kereta semua, tinggal nak start enjin, enjin tak boleh start. Cannot go. Cuba banyak kali. Farid cakap ayat keramat tu "Awak, kereta awak ni bateri problem. Bateri kong. Samada awak kena charge atau ganti baru." OMG, ganti baru!!! Melayang duit aku. RM 200 pulak tu tapi Alhamdulillah nasib baik just kena charge je. Then kami terus check bateri semua. Aku memang sah-sahlah blur. Pasal kereta aku tak mahir. Dan pagi tu jugak pukul 9 Farid ada exam so tak bolehlah dia nak tolong aku lama-lama. Dia ada bagi spannar dia tapi dia punya besar, terlebih satu saiz je, sebab skru bateri aku kecik gila.
Dia just cakap try cari spanar, buka enjin then hantar kedai bateri. I was blur. Tak tahu nak buat apa, nak tolak kereta, aku perempuan kot, mana larat. Masa tu pun pagi-pagi, mana ada orang lelaki yang boleh tolong. So I decided to go to the nearest food court from my place with my friend to seek help. Jadi terjumpalah seorang pak cik meniaga roti canai ni. Biasalah, sembang punya lama pun bukan tau namakan. Haish, aini aini.
Jadi dia sanggup mengenepikan perniagaan dia itu untuk tolong aku. Alhamdulillah. Kami tolak kereta, pun tak boleh start jugak. Jadi pak cik tu bawak spannar dari rumah dia, sebab spannar Farid bagi besar sikit jadi tak boleh nak bukak bateri. Pak cik tulah volunteer nak hantar bateri aku ke kedai, dia jugaklah yang ambil bateri aku dan tolong pasangkan. Betapa baiknya hati dia. Dan Alhamdulillah, Allah disisi aku, kereta aku sudah pun boleh hidup.
Sejurus selepas kereta aku hidup, terus aku dan Farid(selepas dia habis exam) pergi ambil abah aku kat Bercham. Sampai-sampai je bilik terus aku dan kawan-kawan aku load barang dalam kereta. Penuh kereta aku, boot dengan seat belakang fully taken. Dan semestinya sesi sedih-sedih bersamamu selama 3 tahun pun bermula. I burst into tears like crazy you know! I tell you, I will definitely going to miss my friends kat Ipoh. My dorm mates especially, they're the best. May Allah bless my friends. I love them all. Dan of course Farid pun sama. Dia lelaki, mana nangis, aku je menangis lebih but I knew that he will miss me soo bad just like I will.
So thank you Allah for the time in Ipoh, for the people I meet in Ipoh, for the love I found in Ipoh and for everything in Ipoh that can be cherish. Thank you. :'( *taip ni pun dah rasa macam nak nangis*
No comments:
Post a Comment