Assalamualaikum ^____^
Kejadahnya gambar dapur ni? Lek lu der, baca dulu. Heeee ;)
Baca tajuk entri itu pun mesti macam pelikkan? Memang pelik! Kena pelik sebab kali ini aku nak bercerita pasal dapur. Dapur kat rumah aku pada waktu malam. Ya, malam sahaja. Siang aku okay je. :)
Biasalah, kalau kat dapur bukan kita je yang memasak, mesti ada yang lain tolong kita. Sama ada tolong menyiapkan aku masak atau tolong aku tak jadi masak. Aku ulang sekali lagi tau, pada waktu malam sahaja.
Eh, jangan panik-panik kauorang. Ini bukan entri menengakkan bulu roma tengkuk. Entri biasa-biasa sahaja pasal hidupan liar, maksud aku kehidupan lain yang hidup didapur. Yang mempunyai kaki lebih dari dua. Bukan manusia dan bukan yang tak ada kaki langsung tu.
Contohnya, Cik Lili, Cik Ti, Cik Sem dan Cik Cici. Betul, diaorang semua ini memang mengganggu aktiviti aku didapur pada malam hari. Yang paling menggugah keberanian aku adalah Cik Lili. Iya, memang aku lagi besar dari dia, tapi I tak suka you!!! Dahlah dia boleh terbang! Kalau naik kat kepala aku, memang aku pengsan jugak kat dapur. Bau dia lagi tak payah cerita. Wangi macam Ambi Purr kau. Haaaa!
Kalau yang Cik Ti lagi seksa. Semua benda dia gigit. Tudung saji aku pun boleh jadi makan malam dia. Sumpah, aku tak faham. Kalau kat dalam tivi itu dia makan keju je, tapi yelah cik Ti ni asal Malaysia, belacan pun jadi. Kan! Heeee. Dan kalau nak tangkap dia memang susah. Ambil masa seminggu jugak aku dengan mak aku buat projek tangkap Cik Ti.
Kauorang jangan salah faham pula ya, rumah aku kat Nilai ni asalnya hutan, jadi fahamlah ya kenapa rumah aku jadi tempat tinggal depa-depa ini semua. Pastu yang Cik Ti itu pulak dia berhijrah dari rumah jiran aku ke rumah aku. Memang penghijrahan itu bagus tapi bukan kat rumah aku! Haishhh. Jiran aku pun satu, pindah tak bawak dia sekali. Hmmmm. Aku redhooooo. :D
Jadi, kalau malam je aku akan cuba untuk elak dan cari sebanyak alasan untuk diberikan kepada mak aku supaya aku tak perlu masuk dapur. Untuk buka kabinet ke, cuci kabinet ke apa-apalah yang akan menyebabkan aku bertembung dengan hidupan itu. Mak aku pulak kadang-kadang sengaja mengacah aku, dia siap boleh angkat Cik Lili pastu sua kat aku. Menjerit macam histeria aku kat dalam rumah.
Seryes kauorang, sangat tak lawak buat aku cuak. Nasib baik mak aku, kalau kawan-kawan aku tu, boleh dah makan kaki tau! Marah ni! Haaa, jangan main-main. Dah aku tulis sampai sini je. Bai! Take care.
Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh!
Baca kuat-kuat yang salam ni dengan nada garang. Baru kau tau! Heeeeee :)
No comments:
Post a Comment