Assalamualaikum ;D
Pertama sekali, untuk post kali ini aku nak bercakap mengenai cara-cara untuk memboikot produk atau barangan yang made in Israel. Semestinya kita perlu mencuba sedaya-upaya untuk boikot Israel sebabnya terang lagi bersuluh mereka membunuh saudara se-Islam kita dibumi Palestin sudah hampir 70 tahun. Dari tanah sebesar-besar Palestin telahpun mereka jajah sehingga kini yang tinggal hanya tanah Gaza.
Bayangkan berapa ramai yang sudahpun meninggal syahid semenjak 70 tahun yang lalu, jadi takkan kita sekarang hanya mampu untuk tengok dan dengar dikaca TV, dicorong radio dan diskrin monitor komputer. Sentiasa ada jalan untuk membantu saudara kita disana. #1 dengan mengirimkan doa kepada Palestin, #2 dengan menderma ke Tabung Amal Palestin, dan #3 dengan memboikot produk Israel. Dan antara ketiga-tiga langkah ini, langkah yang ke-3 merupakan yang paling sukar kerana produk Israel mendominasi pasar raya di negara kita. Tapi susah bukan bermakna mustahil.
Dan aku paling yakin sekali produk paling susah nak boikot adalah Nestle. Produk Nestle banyak gila! Contohnya, Milo, KitKat, Maggi, Susu, Ais Krim Matkool, Yogurt dan etc. Kita sentiasa ada produk lain yang boleh diguna sebagai ganti. Contohnya, Milo = Vico/Oligo/Ovaltine, Maggi = Mamee/Cintan, Ais Krim = Wall's/King's, Yogurt dan susu = Dutchlady. Banyak cara sebenarnya. Dan jangan risau semua produk gantian yang aku syorkan ini semuanya bagus-bagus, aku sedang pun menggunakannya. Vico sedap, Oligo lagi sedap! Tak lari pun rasa dia.Sila rujuk disini untuk produk-produk Nestle: www.nestle.com.my/
Dan produk favourite kita lagi adalah McDonald's. Kan? Confirm! Aku pun suka! I have to admit yang dalam aku sedang boikot itupun aku terliur jugak tengok Prosperity Burger dan Double Cheeseburger tapi aku kuatkan iman untuk menolak sehabis baik. Dalam 3 bulan sekali hingga 4 bulan sekali baru aku akan makan. Itupun kalau dah tak tahan sangat. Burger Pak Cik Ramli pun sedapkan, Burger Bakar Rawang pun sedap. Banyak jalan lain. InshaAllah. Bukan tak boleh langsung makan McD tapi cuba elak sehabis baik.
Handphone. Alhamdulillah sekarang dah ramai tak pakai jenama Cokia dah. Majoriti pakai Samsung, Sony Ericsson, Iphone, HTC dan selain Cokia dan Motorola. Kita boleh. Perlahan-lahan cuba boikot, bukan untuk orang lain, untuk saudara se-Islam kita kat Gaza sana. Nak berjihad berapa kerat ajelah yang berani jadi kita jihad dengan cara ini. Tak susah, mungkin pada awal-awal macam berat tapi bila dah biasa kita tak rasa nak pun.
Kadang-kadang orang tanya balik, kalau hadiah orang bagi, kalau orang belanja makan McD, kalau orang buatkan air Milo dan soalan-soalan sewaktu dengannya, jawapan aku simple je, rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Kalau belanja makan McD aku pun nak! :D Kalau kita tak keluarkan duit kita untuk produk Israel tersebut, then tak apa terimalah ajelah dengan hati terbuka. What I want to say here is that any investment that come from ourselves for the Israel's product should be avoided as long as we can. Tak perlu melabur untuk barangan diorang tu, produk ganti lain banyak.
That's it for now. Happy boycotting! Good luck my brothers and sister :)
No comments:
Post a Comment