20130322

Tamat Diploma

Assalamualaikum, pertama sekali minta maaf banyak-banyak sebab lama gila tak update cerita baru, berita baru, pendapat baru dan pengalaman baru. Bukan tak nak cuma, kesuntukan masa, kekeringan idea (biasalah tu kan ;), tak ada akses internet dan yang sama waktu dengannya.

Jadi, berkenaan dengan tajuk post kali ini ya aku sudah pun menamatkan diploma aku pada 210313. Sejurus je selepas pembentangan laporan praktikal aku di Kementerian Pelancongan Malaysia Perak selama 4 bulan so now I am free! :D For a while-lah sementara nak mula degree pula nantikan. Heeeeee.

Sementara menunggu panggillan degree tu aku akan InshaAllah bekerja. Dan buat masa terdekat ni, aku tetap setia menjadi promoter buku syarikat buku KarnaDya Solutions di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Dan semestinya di tempat yang sama, PWTC pada 260413-050513. Alhamdulillah.

Dan lepas pesta buku tu mungkin aku akan start cari kerja baru. InshaAllah di mana-mana travel agency yang berdekatan. Setakat ni aku berminat dengan 2 travel agency kat Nilai ni. Cuma sekarang yang aku risau sikit ialah dua-dua travel agency tu ada ticketing. Aku pula kurang mahir dalam hal-hal ni. Paper ticketing dulu pun dapat C+. Haishh, tapi takpelah, belajarlahkan. 

InshaAllah doa jelah yang terbaik. So, that is it for now. Chiao. Assalamualaikum. Take care guys.

No comments: