20131208

Pusingan U

Assalamualaikum.
Hai. 

I am sorry.
I have been very lazy.

Minta maaf sebanyak-banyaknya kepada para pembaca belog. Aku bukan takde internet, cerita, masa, idea. Aku cuma malas. Okay, aku akan cerita apa yang jadi pada aku bulan-bulan lepas sebelum nak masuk tahun baru ni. :D Lagi pulak hujung bulan ni aku ada final exam. Sebab tulah nak kena cerita sekarang.

Mei - Jun 2013
Aku cari kerja sambilan sementara nak tunggu untuk ijazah. Dan Alhamdulillah ada rezeki jadi cikgu tadika. Seronok gila kerja! Jaga budak-budak tu memang best gila tapi ada yang degil tu Ya Allah sabar jelah. Stress gila handle diaorang. Tapi budak-budak tu baik cumanya ada masa-masa diaorang annoying sangat. Hahaha, annoying yang comellah. Start je kelas teruslah rasa nak kencinglah, hauslah, padahal waktu perhimpunan elok je. Tak penuh pulak pundi kencingnya, Hahaha. Tapi yang sedihnya, aku kerja sebulan setengah je.

Julai - September 2013 
Aku berhenti kerja sebab jaga opah aku. Opah aku memang dah lama ada kencing manis. Sejak muda-muda gituuu tapi lately ni kencing manis dia makin menjadi-jadi. Bacaan kencing manisnya langsung langsung tak nak turun. 36, 30 - 26 boleh gila aku fikir. Jadi, aku ni macam nurse-lah konon. Jaga opah aku, kawal pemakanan dia, bawak pergi check-up. Dan Alhamdulillah bacaan kencing manis opah aku berjaya aku turunkan sampai ke 14. Boleh jadi nutritionist aku nih. Jaga opah aku tak susah mana cuma pantangnya banyak sangat. Ini tak boleh makan. Itu tak boleh makan.


September - Sekarang 2013
Rezeki Allah bagi lagi kat aku. Alhamdulillah, dapat sambung ijazah di UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM). Kursus yang sama jugak. Degree in Tourism Management! Seghonok!!! Mungkin tak sama dengan kawan-kawan kat Ipoh dulu tapi sama dengan kawan-kawan time sekolah menengah so best je! :D Classmates aku semuanya okay! Superb! Riuh gila!!! Course aku HM241. Kelas 3D. New environment, friends, dialect and more to adapt. Awesome! Lepas tu masuk pulak Kelab Warisan Budaya kat KBM ni. Aku masuk koir bicara berirama. Alah, choral speaking. Best gila!!! :D Next post in sha Allah aku post-kan videonya. Dan pada November, aku berkonvokasi di Seri Iskandar!

Jadi, itulah apa yang berlaku pada aku sepanjang bulan-bulan yang lepas. I must say that 2013 is a great year for me. Finished my diploma. Continue my degree. Life just get better. Indeed, Allah knows best.

20130418

Betulkan soalan anda


Assalamulaikum gegirls and boboys! Heeeee :) Ceria tak? Hoho, problematic sikit aku ini. Aku nak luahkan sedikit pendapat aku mengenai betulkan soalan anda. Soalan apa? Apa yang perlu diperbetulkan? What? What? What the fishcake?

Okay soalannya berbunyi; 

1. Kau pandai masak?
2. Kau pandai jahit baju tak?
3. Kau terer mengaji tak weh?
4. Kau pandai buat add maths tak?
5. Dan soalan-soalan yang lain bermula dengan kau pandai ... tak?

Baiklah, entri ni lebih ditujukan kepada kawan-kawan perempuan dan ibu-ibu yang ada anak remaja perempuan yang sedang membesar dan suka tuju soalan-soalan ini dekat kawan anak dia atau anak kawan dia. Yes! Entri pertamaku yang ada target reader tersendiri. Gila hebat! :O

Kenapa kena betulkan? Pada pandangan akulah, ramai diantara kawan aku termasuklah aku sendiri menerima soalan ini, mesti banyak kali dapat soalan sama. Mesti! Pertama sekali anda-anda yang tanya soalan ini, soalan itu sepatutnya berbunyi; kau reti masak tak, kau tahu tak macam mana nak menjahit? kau tahu macam mana nak mengaji Quran?

Tahu/reti dan pandai adalah satu perkataan yang ringkas tapi memberi banyak beza pada satu soalan yang ringkas jugak. Setuju? Mesti setuju punya. :) Iyalah, berapa kerat je yang kita tanya pandai masak atau tak akan jawab PANDAI!?! Tak ramai akan cakap "iya, aku pandai masak" pastu mungkin kita akan tanya balik " pandai masak apa?" selalunyalah dia akan jawab balik "taklah pandai sangat tapi tahulah nak masak sikit-sikit masakan melayu dan western

See, that is what I meant, mula-mula dia jawab pandai dan in the end dia akan end up cakap tahulah masak sikit-sikit. The same goes to menjahit, mengaji Quran, buat add maths dan lain-lain. Macam malu untuk sesetengah orang kalau orang tanya dia pandai atau tak dia jawab dia tak pandai tapi tak pandai tak bermakna tak tahu. Aku ambil contoh memasak sebab itu yang paling dekat dan common

Kalau orang tanya kita samada kita tahu atau tidak bukankah itu cara yang lebih baik? Yelah, mesti ramai yang tahu tapi tak ramai yang pandai. Bukan dalam hal masak-masak je, dalam kebanyakkan hal pun. Baik lelaki dan perempuan. Dan buat golongan yang lebih berumur, saya cadangkan untuk anda betulkan soalan anda. :) InshaAllah generasi X pun akan lebih selesa dengan anda kelak. Bai. 

Assalamualaikum gegirls and boboys!

20130417

Dapur di malam hari

Assalamualaikum ^____^

Kejadahnya gambar dapur ni? Lek lu der, baca dulu. Heeee ;)

Baca tajuk entri itu pun mesti macam pelikkan? Memang pelik! Kena pelik sebab kali ini aku nak bercerita pasal dapur. Dapur kat rumah aku pada waktu malam. Ya, malam sahaja. Siang aku okay je. :)

Biasalah, kalau kat dapur bukan kita je yang memasak, mesti ada yang lain tolong kita. Sama ada tolong menyiapkan aku masak atau tolong aku tak jadi masak. Aku ulang sekali lagi tau, pada waktu malam sahaja.

Eh, jangan panik-panik kauorang. Ini bukan entri menengakkan bulu roma tengkuk. Entri biasa-biasa sahaja pasal hidupan liar, maksud aku kehidupan lain yang hidup didapur. Yang mempunyai kaki lebih dari dua. Bukan manusia dan bukan yang tak ada kaki langsung tu. 

Contohnya, Cik Lili, Cik Ti, Cik Sem dan Cik Cici. Betul, diaorang semua ini memang mengganggu aktiviti aku didapur pada malam hari. Yang paling menggugah keberanian aku adalah Cik Lili. Iya, memang aku lagi besar dari dia, tapi I tak suka you!!! Dahlah dia boleh terbang! Kalau naik kat kepala aku, memang aku pengsan jugak kat dapur. Bau dia lagi tak payah cerita. Wangi macam Ambi Purr kau. Haaaa!

Kalau yang Cik Ti lagi seksa. Semua benda dia gigit. Tudung saji aku pun boleh jadi makan malam dia. Sumpah, aku tak faham. Kalau kat dalam tivi itu dia makan keju je, tapi yelah cik Ti ni asal Malaysia, belacan pun jadi. Kan! Heeee. Dan kalau nak tangkap dia memang susah. Ambil masa seminggu jugak aku dengan mak aku buat projek tangkap Cik Ti. 

Kauorang jangan salah faham pula ya, rumah aku kat Nilai ni asalnya hutan, jadi fahamlah ya kenapa rumah aku jadi tempat tinggal depa-depa ini semua. Pastu yang Cik Ti itu pulak dia berhijrah dari rumah jiran aku ke rumah aku. Memang penghijrahan itu bagus tapi bukan kat rumah aku! Haishhh. Jiran aku pun satu, pindah tak bawak dia sekali. Hmmmm. Aku redhooooo. :D

Jadi, kalau malam je aku akan cuba untuk elak dan cari sebanyak alasan untuk diberikan kepada mak aku supaya aku tak perlu masuk dapur. Untuk buka kabinet ke, cuci kabinet ke apa-apalah yang akan menyebabkan aku bertembung dengan hidupan itu. Mak aku pulak kadang-kadang sengaja mengacah aku, dia siap boleh angkat Cik Lili pastu sua kat aku. Menjerit macam histeria aku kat dalam rumah. 

Seryes kauorang, sangat tak lawak buat aku cuak. Nasib baik mak aku, kalau kawan-kawan aku tu, boleh dah makan kaki tau! Marah ni! Haaa, jangan main-main. Dah aku tulis sampai sini je. Bai! Take care. 

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh! 

Baca kuat-kuat yang salam ni dengan nada garang. Baru kau tau! Heeeeee :)

20130407

Tak susah pun boikot barangan Israel

Assalamualaikum ;D

 
Pertama sekali, untuk post kali ini aku nak bercakap mengenai cara-cara untuk memboikot produk atau barangan yang made in Israel. Semestinya kita perlu mencuba sedaya-upaya untuk boikot Israel sebabnya terang lagi bersuluh mereka membunuh saudara se-Islam kita dibumi Palestin sudah hampir 70 tahun. Dari tanah sebesar-besar Palestin telahpun mereka jajah sehingga kini yang tinggal hanya tanah Gaza. 

Bayangkan berapa ramai yang sudahpun meninggal syahid semenjak 70 tahun yang lalu, jadi takkan kita sekarang hanya mampu untuk tengok dan dengar dikaca TV, dicorong radio dan diskrin monitor komputer. Sentiasa ada jalan untuk membantu saudara kita disana. #1 dengan mengirimkan doa kepada Palestin, #2 dengan menderma ke Tabung Amal Palestin, dan #3 dengan memboikot produk Israel. Dan antara ketiga-tiga langkah ini, langkah yang ke-3 merupakan yang paling sukar kerana produk Israel mendominasi pasar raya di negara kita. Tapi susah bukan bermakna mustahil.

                              
Adalah penting untuk kita ambil tahu yang mana satu produk Israel dan yang mana satu bukan. Kita boleh lawati laman-laman web cuma perlu taip sahaja produk barangan Israel, banyak laman web yang akan memberikan jawapan anda. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Gambar yang aku letak kat atas ini adalah sebahagiannya. Atau kauorang boleh pergi website ini. Sangat membantu. http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html.

Dan aku paling yakin sekali produk paling susah nak boikot adalah Nestle. Produk Nestle banyak gila! Contohnya, Milo, KitKat, Maggi, Susu, Ais Krim Matkool, Yogurt dan etc. Kita sentiasa ada produk lain yang boleh diguna sebagai ganti. Contohnya, Milo = Vico/Oligo/Ovaltine, Maggi = Mamee/Cintan, Ais Krim = Wall's/King's, Yogurt dan susu = Dutchlady. Banyak cara sebenarnya. Dan jangan risau semua produk gantian yang aku syorkan ini semuanya bagus-bagus, aku sedang pun menggunakannya. Vico sedap, Oligo lagi sedap! Tak lari pun rasa dia.Sila rujuk disini untuk produk-produk Nestle: www.nestle.com.my/                                  

Dan produk favourite kita lagi adalah McDonald's. Kan? Confirm! Aku pun suka! I have to admit yang dalam aku sedang boikot itupun aku terliur jugak tengok Prosperity Burger dan Double Cheeseburger tapi aku kuatkan iman untuk menolak sehabis baik. Dalam 3 bulan sekali hingga 4 bulan sekali baru aku akan makan. Itupun kalau dah tak tahan sangat. Burger Pak Cik Ramli pun sedapkan, Burger Bakar Rawang pun sedap. Banyak jalan lain. InshaAllah. Bukan tak boleh langsung makan McD tapi cuba elak sehabis baik.

Handphone. Alhamdulillah sekarang dah ramai tak pakai jenama Cokia dah. Majoriti pakai Samsung, Sony Ericsson, Iphone, HTC dan selain Cokia dan Motorola. Kita boleh. Perlahan-lahan cuba boikot, bukan untuk orang lain, untuk saudara se-Islam kita kat Gaza sana. Nak berjihad berapa kerat ajelah yang berani jadi kita jihad dengan cara ini. Tak susah, mungkin pada awal-awal macam berat tapi bila dah biasa kita tak rasa nak pun. 

Kadang-kadang orang tanya balik, kalau hadiah orang bagi, kalau orang belanja makan McD, kalau orang buatkan air Milo dan soalan-soalan sewaktu dengannya, jawapan aku simple je, rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Kalau belanja makan McD aku pun nak! :D Kalau kita tak keluarkan duit kita untuk produk Israel tersebut, then tak apa terimalah ajelah dengan hati terbuka. What I want to say here is that any investment that come from ourselves for the Israel's product should be avoided as long as we can. Tak perlu melabur untuk barangan diorang tu, produk ganti lain banyak. 

That's it for now. Happy boycotting! Good luck my brothers and sister :)

20130404

Korus Lagu

Pastikan
by Siti Nurhaliza

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran


Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Korus)

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling


Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu


Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

(ulang korus)


Fahamlah ya, lagu ini ditujukan untuk siapa. :D Mohd Farid Bin Jasni. Sila baca korus tu banyak kali tauu. Terima kasih. Sorry-lah para pembaca, ini yang payah kalau bercinta. Asyik rindu je. Sorry ya, kalau macam gegeli. Aku mula-mula bercinta pun geli-geli jugak dengan feeling-feeling semua ni tapi sekarang ni dah macam aku pulak ter-over. :p Heeeeeee. Bye you all.

Assalamualaikum.