Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

20130407

Tak susah pun boikot barangan Israel

Assalamualaikum ;D

 
Pertama sekali, untuk post kali ini aku nak bercakap mengenai cara-cara untuk memboikot produk atau barangan yang made in Israel. Semestinya kita perlu mencuba sedaya-upaya untuk boikot Israel sebabnya terang lagi bersuluh mereka membunuh saudara se-Islam kita dibumi Palestin sudah hampir 70 tahun. Dari tanah sebesar-besar Palestin telahpun mereka jajah sehingga kini yang tinggal hanya tanah Gaza. 

Bayangkan berapa ramai yang sudahpun meninggal syahid semenjak 70 tahun yang lalu, jadi takkan kita sekarang hanya mampu untuk tengok dan dengar dikaca TV, dicorong radio dan diskrin monitor komputer. Sentiasa ada jalan untuk membantu saudara kita disana. #1 dengan mengirimkan doa kepada Palestin, #2 dengan menderma ke Tabung Amal Palestin, dan #3 dengan memboikot produk Israel. Dan antara ketiga-tiga langkah ini, langkah yang ke-3 merupakan yang paling sukar kerana produk Israel mendominasi pasar raya di negara kita. Tapi susah bukan bermakna mustahil.

                              
Adalah penting untuk kita ambil tahu yang mana satu produk Israel dan yang mana satu bukan. Kita boleh lawati laman-laman web cuma perlu taip sahaja produk barangan Israel, banyak laman web yang akan memberikan jawapan anda. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Gambar yang aku letak kat atas ini adalah sebahagiannya. Atau kauorang boleh pergi website ini. Sangat membantu. http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html.

Dan aku paling yakin sekali produk paling susah nak boikot adalah Nestle. Produk Nestle banyak gila! Contohnya, Milo, KitKat, Maggi, Susu, Ais Krim Matkool, Yogurt dan etc. Kita sentiasa ada produk lain yang boleh diguna sebagai ganti. Contohnya, Milo = Vico/Oligo/Ovaltine, Maggi = Mamee/Cintan, Ais Krim = Wall's/King's, Yogurt dan susu = Dutchlady. Banyak cara sebenarnya. Dan jangan risau semua produk gantian yang aku syorkan ini semuanya bagus-bagus, aku sedang pun menggunakannya. Vico sedap, Oligo lagi sedap! Tak lari pun rasa dia.Sila rujuk disini untuk produk-produk Nestle: www.nestle.com.my/                                  

Dan produk favourite kita lagi adalah McDonald's. Kan? Confirm! Aku pun suka! I have to admit yang dalam aku sedang boikot itupun aku terliur jugak tengok Prosperity Burger dan Double Cheeseburger tapi aku kuatkan iman untuk menolak sehabis baik. Dalam 3 bulan sekali hingga 4 bulan sekali baru aku akan makan. Itupun kalau dah tak tahan sangat. Burger Pak Cik Ramli pun sedapkan, Burger Bakar Rawang pun sedap. Banyak jalan lain. InshaAllah. Bukan tak boleh langsung makan McD tapi cuba elak sehabis baik.

Handphone. Alhamdulillah sekarang dah ramai tak pakai jenama Cokia dah. Majoriti pakai Samsung, Sony Ericsson, Iphone, HTC dan selain Cokia dan Motorola. Kita boleh. Perlahan-lahan cuba boikot, bukan untuk orang lain, untuk saudara se-Islam kita kat Gaza sana. Nak berjihad berapa kerat ajelah yang berani jadi kita jihad dengan cara ini. Tak susah, mungkin pada awal-awal macam berat tapi bila dah biasa kita tak rasa nak pun. 

Kadang-kadang orang tanya balik, kalau hadiah orang bagi, kalau orang belanja makan McD, kalau orang buatkan air Milo dan soalan-soalan sewaktu dengannya, jawapan aku simple je, rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Kalau belanja makan McD aku pun nak! :D Kalau kita tak keluarkan duit kita untuk produk Israel tersebut, then tak apa terimalah ajelah dengan hati terbuka. What I want to say here is that any investment that come from ourselves for the Israel's product should be avoided as long as we can. Tak perlu melabur untuk barangan diorang tu, produk ganti lain banyak. 

That's it for now. Happy boycotting! Good luck my brothers and sister :)

20121228

Rain, clouds and human hands


Assalamualaikum!

Since last month and this month the whole Malaysia received a lot of rain. Which is a great thing but also bad to some. Especially in Kelantan and Terengganu. They received both rain and flash flood. May Allah bless and protect them from any harm. Amin. And for us, let's enjoy the rain cause rain brings rizq(rezeki).

I'd like to talk about clouds actually. Yeah, since it has been raining heavily so it's quite impossible to see white, fluffy and cotton candy look alike clouds in the sky. So, whenever a sunny day came I will definitely always take some of my time to look up. To look at the clouds. Those beautiful, white and fluffy 'cotton candy'. It actually make me smile and calms me down.

It shows how Allah's creations are flawless.  The sky, the sea, the forest, the clouds, the animals and us.

But those human hands are the one who destroys them. Imagine Cameron Highland without trees. Hmm...

20121203

Tarian Cuti-cuti 1Malaysia! ;)

Akhirnya, event pertama saya untuk praktikal! Wheee~~~

Posing dulu sementara tunggu bas ;D

Assalamualaikum semua! Aku seronok sangat nak update entri kali ini. Event yang pertama semasa praktikal di Kementerian Pelancongan Malaysia Perak. Tarian Cuti-cuti 1Malaysia!!! Event yang sangatlah seronok dan happening. Kerjanya menari aje sampai patah kaki! 

Selepas hampir seminggu praktis menari di ofis akhirnya dapat jugak tunjuk bakat terpendam menari dengan Datin Seri Rosmah Mansor! Wohoooo! Okay, bukanlah menari sebelah dia tapi still lah menari dengan dia jugak! :p Menteri Pelancongan pun ada jugak on that day

Dan untuk memeriahkan lagi majlis weolls panggil junior-junior tourism kami untuk join event tersebut! Lagilah menggila kami semua kat Putrajaya tu. Dengan tarian Gangnam-nye. Hamagaddd!!! I menari Gangnam Style okay. Tak sangka terer sebenarnya. Hahaha. *puji diri sendiri*

Ada 12 tarian tahu. Banyakkan. Alhamdulillah boleh dahlah menari sikit-sikit. Tarian Cina, India, Sabah, Sarawak, Siam, Zapin, Sewang (orang asli), Visit Malaysia , 1Malaysia, Cuti-cuti Malaysia, IM4U and of course Gangnam Malaysia Style! :)

 
T-shirt kami tersangatlah besar! Aku dah macam mengandung pakai t-shirt tu. Takpelah, rezeki dapat t-shirt free. Hohoho. Kauorang rasa saiz apa tu yang aku dengan kawan-kawan aku pakai tu? Saiz XL tahu! Besarkan! Yang teramatkan! Warna kuning pulak lagi. Takpelah still cantikkan weolls. Hehehe. 

Entri kali in adalah entri puji diri sendiri kalau nak tahu. Hahaha memalukan je.


Sampai sini dulu coretan perasan aku kali ini. Nanti ada cerita, berita aku tulis-tulis lagi. Bye, take care. Assalamualaikum.

20121114

Lesen


Assalamualaikum ;D

Alhamdulillah aku dah ada lesen! Akhirnya! Kalau kau orang ingatlah, dulu aku ada pos satu entri mengenai lesen pada tahun 2010. Aku cakap yang aku takkan ambik lesen! Umur 70 nanti baru nak ada lesen senang nak bawak cucu jalan-jalan. Teruk betul. Tapi tahun ni aku kena ambik lesen jugak atas alasan nanti nak praktikal senang nak bergerak.

Sebenarnya aku dah ada lesen bulan lepas lagi. Oktober. Ambik time final exam. Hardcore-kan? Setiap hari yang tak ada paper aku dengan kawan aku akan ke kelas memandu. Dan Alhamdulillah pada hari ujian JPJ tu aku tenang je. Pada awalnyalah pastu menggelabah. Terkumat-kamit berzikir nak tenangkan hati. Jantung ni macam nak explode tahu!


Time turn aku, aku mulakan dengan Bismillah dan doa naik kenderaan. Start enjin okay tapi lupa tekan klac menjerit kancil tu kau tau! Hamagaddd!!! Malunya I, ramai yang tengok pulak tu. Okay lepas dah masuk gear semua. Bukit okay, then parking pulak. dah park cantik tapi bila nak keluar tetiba enjin mati. Nasib baik, nasib baik nyah JPJ tak perasan! Tapi kalau mati enjin masa parking takpe, jangan time tiga penjuru. Fail terus! Tiga penjuru pun okay jugak. Alhamdulillah.


On the road pulak, nasib aku kurang baik, pegawai pemeriksa tu bad mood. Dia PMS, belum mula apa-apa lagi aku dah kena tempik. Dia marah-marah aku sebab aku lambat. Kalau ikutkan aku tak lambat pun, memang angka giliran aku nombor yang last-last. Apa nak buat. Follow jelah. Dalam kancil time tu stress sangat, situasi sangat tegang. Aku nak cuba start a conversation tapi tak jumpa caranya. Last-last dua-dua diam sampailah balik ke litar. Dan Alhamdulillah aku lulus. 17/20! ;DD Kawan aku tu pun lulus jugak! Wheee~~~


Jadi aku tak perlulah tunggu sampai 70 tahun baru nak ada lesen. Nanti anak-anak pun aku boleh bawak jalan. Heee.

20120425

KLIBF 2012

Assalamualaikum. Tengok poster kat atas tu. Macam best-kan event ni. Yes, Book Fair kembali lagi and this time paling besar di Malaysia dan Asia Tenggara. Lebih dari 750 gerai dan 250 pempamer. Besarkan?!? :D Excited betul. Dan Alhamdulillah pesta buku kali ini aku berpeluang sekali lagi untuk bekerja dengan syarikat buku KarnaDya Solutions. Dulu 2010 kali ni 2012 pulak. Jadi. untuk itu aku akan away sampai 060512 ni. Untuk bekerjalah jadi aku takkan punya masa untuk update entri-entri baru selalu. Maaf ya para pembaca. InshaAllah kalau ada banyak gambar aku akan cuba upload kat sini nanti. Papepun anda semua dijemput hadir. Masuk PERCUMA! :DD Dan singgah-singgahlah di booth KarnaDya. Ada banyak diskaun! Ada penulis-penulis terkenal seperti Ahadiat Akasyah, Aina Emir, Mimie Afinie , Delimawati (pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah). Okay, tak boleh cerita banyak-banyak nak tahu kena datang sendiri. Baru suprise. Bye, I'll see you there! ;)

p/s: Blogger update baru dia punya post settings jadi pening aku. Padahal baru semalam setting lama. Yang lama lagi senang. Kauorang rasa?
 

20120418

Basikal 2

Aku baru lepas baca surat khabar harini tadi. Aku selak-selak sampailah ke ruangan dunia. Dan aku terkejut bila terbaca satu artikel dalam paper tu. Akhbar berita harian ye kawan-kawan. Pakar-pakar dari Universiti Yale membuat kajian bahawa menaiki basikal tidak hanya berisiko kepada lelaki tetapi juga kepada wanita.

I was like seriously? Is this for real? OMG! Aku pecinta basikal kot! Janganlah buat macam ni. Dalam paper tu tulis wanita yang sering menaiki basikal akan mengalami kebas dibahagian seksualnya dan lama-kelamaan rasa seksual akan hilang. Oh man, this can't be true. What I am gonna do. I love cycling. Like soo much. Haishhh.

Tapi bila surfing kat internet pasal risiko berbasikal bagi perempuan takde pun melainkan pixie. Ntahlahhh. Haishhh. Sabar aenny ye sabar. Okaylah bai u olls. Assalamualaikum.

20120412

Extreme weather

Assalamualaikum brothers and sisters. Its a hot day in here. Nilai, Negeri Sembilan.

As we all know that yesterday Acheh had an earthquake. A huge one. 8.7 magnitude. If I was not mistaken. There a some places in Malaysia felt the quake too such as Penang, Malacca and Johor. Country like India also felt it. MasyaAllah. Plus the tsunami was reported to be happen but then they took back the statement. Alhamdulillah nothing happen yesterday and today.

This morning while having my breakfast I enjoyed watching National Geographic at home and I watch a show about extreme weather. This time its about extremely cold weather in northern US and Canada. The whole river and sea are frozen. The host himself drove a four wheeled drive on it and not a single crack occured. Imagine how cold is that and I am sure we Malaysian can never handle that kind of weather. As a Malaysian I am very happy and glad to have this not so hot and not so cold weather. Tropical weather I must say. It is because we may not die because of too cold or hot but only to the maximum level of hunger. ;D

So, we Malaysian are very-very lucky. We don't experienced extreme cold or hot weather, typhoon, watersprout and currently the earthquake. Alhamdulillah.

20120304

Sertifikasi 2



Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Aku berpeluang sekali lagi untuk genggam sijil dan plak untuk semester 2 dan 3. Seronok sangat! Aku harap aku dapat kumpul sertifikasi sebanyak mungkin sampailah ke akhir semester. Semester 1 dan 2 dulu aku adalah pelajar harapan. Dan buat semester 3 Alhamdulillah aku adalah pelajar cemerlang. Seronok sangat dapat datang ke majlis anugerah, terima pulak anugerah yelah kat sekolah dulu dapat anugerah pun masa darjah 1 je lepas tu takde dah. Aku bukan pelajar yang pintar dulu sekarang ini sajalah masa untuk tebus balik semuanya. Diploma Pengurusan Pelancongan merupakan kursus UiTM terbaik bagi sesi 2010/2011. Kursus terbaik 3 kali berturut-turut! ;DD Gambar yang kedua tu gambar semua pelajar tourism yang dapat sertifikasi dan plak. Alhamdulillah bertambah dari semester ke semester.

20120301

Rezeki

Kalau dulu aku tak dapat jadi MC untuk Tournament Rugby ITP tapi hari ini Alhamdulillah Allah kurniakan aku rezeki. Rezeki jadi MC untuk seminar bersama Dr. Irfan Khairi Jutawan Internet dengan ceramahnya yang bertajuk Cabaran dan Peluang Memasarkann Produk Secara Dalam Talian(Online). Alhamdulillah, aku bersyukur atas rezeki yang diberi. Kan aku dah cakap dulu, kalau dulu tak ada rezeki mungkin lain kali akan ada. Seronok sangat sebab program kali ini full house dan berjalan dengan lancar. Tidak dinafikan hari ini bukanlah kali pertama aku mengacarakan majlis namun aku tetap nervous, jantung ni macam nak terkeluar dari dada pagi tadi. Aku lega sangat semuanya okay. Alhamdulillah Allah berikan aku peluang, lecturer berikan kepercayaan, kawan-kawan berikan sokongan dan penonton berikan perhatian. Syukur, Alhamdulillah.

Exam dah nak dekat, Good luck UiTM students including me ;)

20120125

Baucer buku

Okay, aku tahu mungkin aku agak terlewat tulis entri pasal baucer buku tapi nak buat macam mana asyik sibuk memanjang, sampai terlupa nak coret kat sini. Sebagai seorang yang suka membaca sudah semestinya baucer buku tu macam bulan jatuh ke riba. Untuk aku, RM200 tu memang tak cukup. Tak cukup nak beli buku-buku yang aku nak. Setakat ni aku dah guna baucer aku tu sebanyak RM100. 3 buah novel dan 1 majalah. Change of Heart- Jodi Picoult, The Leopard-Jo Nesbo and Room-Emmy Donoghue. Seventeen magazine for January. Dan yang lagi RM100 tu aku mungkin akan beli buku-buku fakta pula. Antaranya, buku mengenai sejarah Rasulullah SAW, masak-memasak dan mungkin buku mengenai world culture or history.

20110828

Bukan ditangan manusia

Kejayaan bila-bila
Malang tidak berbau
Cinta datang bila tak cari
Ajal dan maut Tuhan yang tentu
Syurga dan Neraka bukan ditangan kita


p/s; Al-Fatihah kepada Allahyarham Megat Muhd Faiz. UiTM DTM part 2. Kembali ke rahmahtullah pada petang 26/8/11


20110819

2 raya

30 August 2011 - Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin

31 August 2011 - Malaysia Merdeka yang ke 54 tahun

Can't Wait ;)

20110815

I am Drunk

It is sunny day yesterday but rainy at night but I still went for Terawih with my dormmate. If Terawih is an alcoholic drink I think I am drunk. Currently addicted to it. If I don't perform Terawih I feel very bad for myself eventhough it is not a compulsory prayer. Maybe because it is only perform once a year. Plus, what I love the most is that the Moreh as soon after the Terawih. The kuih provided by mosque was superbly delicious. Maybe because it's free and it's from the mosque and definitely because I am hungry after performing the Terawih ;p

15 more days to go ;)

20110502

Sahih am Khatak?

Osama Bin Laden dah meninggal.
Innalillahhirroji'un,

Sahih am Khatak?
(true or false)


SAHIH!

20110312

March!


All i can say in March is STRESSFUL! I can't say more than this so far. More responsibility coming in. I'll try my best deal with it. Plus, the final are nearer. In April. Oh Allah please help me in any circumstance. Amin. Dear blog readers(if there any), i owe u guys an apology for not updating my blog. I am sorry but keep reading because I will find any kind of way to update my blog. Hope u enjoy this song because I usually listen to it to release my stress. Oh yes, yesterday i almost got hit by a lorry! A huge one, luckily I manage to save myself. Alhamdulillah ;)

p/s; Let us all pray for JAPAN.

20110213

sula mereka


Hosni Mubarak - George W. Bush - Moshe Katsav


20110201

februari

tak sabar nak baca statistik pasangan melayu Islam yang ditangkapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. pastikan baca akhbar bertarikh 15/02/11. dan tunggulah November dan Disember 2011. kita baca pula statistik bayi yang dibuang. hasil percintaan mereka-mereka pada malam 14/02/11.

Jangan Lupa Ya!

20100604

sedih

upu tak layak
rayuan di minta
pun tidak berjaya
menuju ke kolej saja lahh

20100527

they are back!

grab a popcorn now! they are back! back for more drama and gossip!

i love them! so much. the best teen drama series i think!
starting on 31/05/10 on 8tv around 10 i guess.
i cant wait to watch them again especially chuck and blair.
new appearance this seasons is hillary duff as olivia.
guest appearance will be lady gaga, tyra banks and lots more!

20100517

berita


piala thomas 2010 jatuh ke tangan China. Indonesia kalah 3-0 kepada China.

piala uber 2010 jatuh ke tangan Korea. China kalah 3-1 kepada Korea.

ibu kepada aminurasyid(remaja yang ditembak polis) masih mengharapkan maaf dari pihak polis atas kematian anaknya.

pilihanraya kecil di Sibu telah berakhir dan DAP telah berjaya.

p/s; ini sahaja yang aku ingat setakat ini :) sekian terima kasih.