Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

20131208

Pusingan U

Assalamualaikum.
Hai. 

I am sorry.
I have been very lazy.

Minta maaf sebanyak-banyaknya kepada para pembaca belog. Aku bukan takde internet, cerita, masa, idea. Aku cuma malas. Okay, aku akan cerita apa yang jadi pada aku bulan-bulan lepas sebelum nak masuk tahun baru ni. :D Lagi pulak hujung bulan ni aku ada final exam. Sebab tulah nak kena cerita sekarang.

Mei - Jun 2013
Aku cari kerja sambilan sementara nak tunggu untuk ijazah. Dan Alhamdulillah ada rezeki jadi cikgu tadika. Seronok gila kerja! Jaga budak-budak tu memang best gila tapi ada yang degil tu Ya Allah sabar jelah. Stress gila handle diaorang. Tapi budak-budak tu baik cumanya ada masa-masa diaorang annoying sangat. Hahaha, annoying yang comellah. Start je kelas teruslah rasa nak kencinglah, hauslah, padahal waktu perhimpunan elok je. Tak penuh pulak pundi kencingnya, Hahaha. Tapi yang sedihnya, aku kerja sebulan setengah je.

Julai - September 2013 
Aku berhenti kerja sebab jaga opah aku. Opah aku memang dah lama ada kencing manis. Sejak muda-muda gituuu tapi lately ni kencing manis dia makin menjadi-jadi. Bacaan kencing manisnya langsung langsung tak nak turun. 36, 30 - 26 boleh gila aku fikir. Jadi, aku ni macam nurse-lah konon. Jaga opah aku, kawal pemakanan dia, bawak pergi check-up. Dan Alhamdulillah bacaan kencing manis opah aku berjaya aku turunkan sampai ke 14. Boleh jadi nutritionist aku nih. Jaga opah aku tak susah mana cuma pantangnya banyak sangat. Ini tak boleh makan. Itu tak boleh makan.


September - Sekarang 2013
Rezeki Allah bagi lagi kat aku. Alhamdulillah, dapat sambung ijazah di UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM). Kursus yang sama jugak. Degree in Tourism Management! Seghonok!!! Mungkin tak sama dengan kawan-kawan kat Ipoh dulu tapi sama dengan kawan-kawan time sekolah menengah so best je! :D Classmates aku semuanya okay! Superb! Riuh gila!!! Course aku HM241. Kelas 3D. New environment, friends, dialect and more to adapt. Awesome! Lepas tu masuk pulak Kelab Warisan Budaya kat KBM ni. Aku masuk koir bicara berirama. Alah, choral speaking. Best gila!!! :D Next post in sha Allah aku post-kan videonya. Dan pada November, aku berkonvokasi di Seri Iskandar!

Jadi, itulah apa yang berlaku pada aku sepanjang bulan-bulan yang lepas. I must say that 2013 is a great year for me. Finished my diploma. Continue my degree. Life just get better. Indeed, Allah knows best.

20130322

Tamat Diploma

Assalamualaikum, pertama sekali minta maaf banyak-banyak sebab lama gila tak update cerita baru, berita baru, pendapat baru dan pengalaman baru. Bukan tak nak cuma, kesuntukan masa, kekeringan idea (biasalah tu kan ;), tak ada akses internet dan yang sama waktu dengannya.

Jadi, berkenaan dengan tajuk post kali ini ya aku sudah pun menamatkan diploma aku pada 210313. Sejurus je selepas pembentangan laporan praktikal aku di Kementerian Pelancongan Malaysia Perak selama 4 bulan so now I am free! :D For a while-lah sementara nak mula degree pula nantikan. Heeeeee.

Sementara menunggu panggillan degree tu aku akan InshaAllah bekerja. Dan buat masa terdekat ni, aku tetap setia menjadi promoter buku syarikat buku KarnaDya Solutions di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Dan semestinya di tempat yang sama, PWTC pada 260413-050513. Alhamdulillah.

Dan lepas pesta buku tu mungkin aku akan start cari kerja baru. InshaAllah di mana-mana travel agency yang berdekatan. Setakat ni aku berminat dengan 2 travel agency kat Nilai ni. Cuma sekarang yang aku risau sikit ialah dua-dua travel agency tu ada ticketing. Aku pula kurang mahir dalam hal-hal ni. Paper ticketing dulu pun dapat C+. Haishh, tapi takpelah, belajarlahkan. 

InshaAllah doa jelah yang terbaik. So, that is it for now. Chiao. Assalamualaikum. Take care guys.

20121114

Lesen


Assalamualaikum ;D

Alhamdulillah aku dah ada lesen! Akhirnya! Kalau kau orang ingatlah, dulu aku ada pos satu entri mengenai lesen pada tahun 2010. Aku cakap yang aku takkan ambik lesen! Umur 70 nanti baru nak ada lesen senang nak bawak cucu jalan-jalan. Teruk betul. Tapi tahun ni aku kena ambik lesen jugak atas alasan nanti nak praktikal senang nak bergerak.

Sebenarnya aku dah ada lesen bulan lepas lagi. Oktober. Ambik time final exam. Hardcore-kan? Setiap hari yang tak ada paper aku dengan kawan aku akan ke kelas memandu. Dan Alhamdulillah pada hari ujian JPJ tu aku tenang je. Pada awalnyalah pastu menggelabah. Terkumat-kamit berzikir nak tenangkan hati. Jantung ni macam nak explode tahu!


Time turn aku, aku mulakan dengan Bismillah dan doa naik kenderaan. Start enjin okay tapi lupa tekan klac menjerit kancil tu kau tau! Hamagaddd!!! Malunya I, ramai yang tengok pulak tu. Okay lepas dah masuk gear semua. Bukit okay, then parking pulak. dah park cantik tapi bila nak keluar tetiba enjin mati. Nasib baik, nasib baik nyah JPJ tak perasan! Tapi kalau mati enjin masa parking takpe, jangan time tiga penjuru. Fail terus! Tiga penjuru pun okay jugak. Alhamdulillah.


On the road pulak, nasib aku kurang baik, pegawai pemeriksa tu bad mood. Dia PMS, belum mula apa-apa lagi aku dah kena tempik. Dia marah-marah aku sebab aku lambat. Kalau ikutkan aku tak lambat pun, memang angka giliran aku nombor yang last-last. Apa nak buat. Follow jelah. Dalam kancil time tu stress sangat, situasi sangat tegang. Aku nak cuba start a conversation tapi tak jumpa caranya. Last-last dua-dua diam sampailah balik ke litar. Dan Alhamdulillah aku lulus. 17/20! ;DD Kawan aku tu pun lulus jugak! Wheee~~~


Jadi aku tak perlulah tunggu sampai 70 tahun baru nak ada lesen. Nanti anak-anak pun aku boleh bawak jalan. Heee.

20121105

Bridesmaids ;D

 Assalamualaikum! ;D 
Hewhewhew *hati berbunga-bunga*

Sabtu haritu, 3 November 2012 adalah kenduri Khadija Binti Abdullah dan pasangannya Ahmad Shahir. Aku panggil Kak Dija je. Laki dia aku panggil Shahir. Well, diaorang ni dah nikah awal dulu dah. Bulan Mei dulu. Tapi lepas final exam baru buat kenduri. Kak Dija dah mengandung dah pun time kenduri haritu. 4 bulan nyahh! Memnag bunting pelamin betullah kiranya. 

Okay bukan itu yang buat hati aku berbunga-bunga ni. Heeeee.

Ceritanya begini, Shahir request Farid jadi pengapit dia dan dah alang-alang Farid pengapit lelaki Kak Dija pun call aku mintak tolong aku jadi pengapit perempuannya. Aku pun on jelah. Dan berita baik jugak Kak Dija sponsor baju pengapit. Best kan?!? Of Course! Cumanya tema wedding tu biru emas. Pengantin warna biru jadi Kak Dija nak pengapit warna gold.

GOLD! OMG! Susah kot nak cari kaler tu. Baju-baju yang aku jumpa semuanya macam vogue gila, sangatlah tak praktikal kalau nak pakai time kelas ke, kerja ke and etc. Jadi memang survey banyak tempat nak carik baju aku sahaja. 

Then bila dah jumpa yang cantik, sesuai dan sederhana saiznya pulak tak kena. Tapi aku beli jugak sebab nak cari lagi memang dah tak cukup masa. Beli saiz M dan alter jadi saiz S. Alhamdulillah baju tu okay sangat. Aku sangat berpuas hati! Terima kasih jugak dekat mak kawan aku sebab dia yang tolong alter. Alhamdulillah auntie nak terima jugak walaupun last-last minute.


Farid punya baju melayu pun sedondon dengan aku. Farid punya masalah pulak tak jumpa sampin yang sesuai. Akhirnya dia pakai arwah tuk dia punya sampin. Alhamdulillah match! It was a good experience. We had soo much fun! InshaAllah ada jodoh kami berdua nanti kamilah pulak yang diapit! ;DD

20121101

Praktikal

Assalamualaikum! ;)


Peperiksaan dah pun habis. Aku memang tak nak ingat langsung sebab semua kertas susah gila! :O Setiap kali keluar dari dewan peperiksaan mesti muka aku ketat. Haih, redha jelah. Sekarang tinggal berdoa pada Tuhan je so that semua paper lepas dan tak jatuh dari 3.00. 

Harini minggu pertama praktikal. Ada kesilapan sikit kat entri lama aku, sebenarnya praktikal di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Perak. Not Tourism Malaysia eh, silap-silap. Sorry. Alhamdulillah semuanya okay. Banyak jugak benda baru yang aku belajar. Aku belajar fotostat dan binding! Hohoho, excited gila masa nak belajar tu. Yelah, first timer-kan. Wish me luck, hopefully sem 6 ni dapatlah dekan lagi. Nak kena buat praktikal elok-elok ni ;) 

Bai, salam. Take care u olls!

20121001

Peperiksaan Akhir Semester 5!


Peperiksaan Akhir Semester 5

011012 - 181012

Assalamualaikum, hari ini dah selesai satu kertas. 
Subjeknya Fundamental of Entrepreneurship! Kodnya ENT 300.
Superb! Soalan dikatakan berulang tapi TAK! OMG
Takpelah dah lepas dah pun enn so, doa jelah yang terbaik. Mintak pada Allah pula ;D
Yang paling best aku salah hitamkan jawapan sampai terpaksa mintak kertas baru sebab aku hitamkan pakai PEN! Hewhewhew ;PP 
"Sabar jelah dengan kamu Aini. Pakai pensil!" kata-kata lecturer tadi.
Hehehe
Hopefully lepas ni tak silap-silap lagi dah.
Mudah-mudahan dan doakan aku berjaya exam kali ini. InshaAllah
Bye uolls. Salam. Take care. 
    

20120920

Gomenasai dan berita baik!


Assalamualaikum para pembaca blog. 


*ayat macam ramailah sangat pembaca. hohoho*

Pertama sekali, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama sangat tak update blog. Allah sahajalah yang tahu betapa busy-nya aku semester ni. Sekarang dah sem 5, sem 6 nak praktikal pulak, jadi diminta kauorang semua fahamlah aku busy macam mana kan. Walaubagaimanapun, aku nak kongsi berita baik dengan uolls.

Syukur kepada Allah SWT aku dah dapat tempat praktikal. Aku ditempatkan di Tourism Malaysia. Pejabatnya di Ipoh. Dokek yolah dongan tompek ngaji den. Hehehe. Dan aku akan mulakan praktikal 291012 - 040313. 4 bulan wooo. Lama kot. Setahu aku tak ada elaun daripada Tourism Malaysia tapi tak tahulah kot-kot nanti dia nak bagi jugak token of appreciation ke. Heeee.


*senyum-senyum angkat kening*

Dan berita baik lagi nak dikongsi. Alhamdulillah syukur hubungan aku dan Datuk Farid Jasni sudah pun mencecah 1 tahun 3 bulan pada september ini. Doakan kami semoga hubungan kami kekal hingga putus nyawa dan bersambung pula di Jannah.


*ayat tak nak kalah, skrip yusof haslam pun tak over macam ni. hahaha*

Dan nak kongsi jugak, baru-baru ni aku ke Terengganu. Ada assignment buat trip ke sana. Alhamdulillah trip ke Terengganu sangat seronok. Sangat-sangat berpuas hati dengan harga trip which is RM80 untuk 4M3H. Seronok sangat-sangat. Paling aku tak boleh lupa Muzium Terengganu. Aku TAK SUKA pergi muzium. Tak ada muzium yang dapat buat aku rasa seronok tapi Muzium Terengganu tak macam tu.

Muzium Terengganu sangat-sangat best. The best and the biggest museum in Malaysia! Kalau berkesempatan uolls pergilah. Seronok. Dan lagi satu tempat yang buat aku happy is NACC. Noor Arfa Craft Complex. All about batik! SUPERB! KENA PERGI! WAJIB! Oh ya, dan semestinya Kampung Losong!

Wajib cekik keropok lekor losong di Terengganu. WAJIB YA ANAK-ANAK! Hewhewhew.

Okaylah, setakat ini dulu aku taip. Nanti bila ada cerita dan berita aku taip lagi. Dan doakan aku sukses dalam final Oktober ini. Bye uolls. Take care and may Allah bless us all. Amin.

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh! :D

20120407

April

Maaflah dah lama tak menulis. Kekeringan idea.

April aku dimulakan dengan Majlis Malam Pra-Graduan ITP 2012 pada 1 April di dewan kolej aku. 31/03 habis exam terus event. Dan Alhamdulillah sekali lagi aku diberikan tanggungjawab yang besar pada malam itu. Iaitu mengacarakan majlis tersebut. MC. Seronok tak terkata. Tahun lepas pun MC juga tahun ini pun lagi. Dan kali ini aku dipasangkan pula dengan kawan aku yang merupakan seorang wakil MPP iaitu Firdaus Ahmad. Alhamdulillah dia pun okay, pandai melawak, pandai cover untuk aku kalau aku blur. Terbaiklah Daus. Thanks. Incase kau baca belog aku nikan ;D

Temanya Gold. Gold macam bling-bling gitu. Pakaian kena Vouge the Vasss punya. Ramai jugak tak ikut tema sebenarnya yelah buat penat je berhabis duit untuk satu malam. Tapi still cantik dan handsome. Maaflah gambar tak dapat disertakan. Aku tak tangkap gambar langsung. Kamera dari orang lain adelah. Makanan pada malam tu pun not bad. Mix food. Makanan melayu ada makanan barat pun ada. Tapi aku tak sempat nak makan. Busy sikit.

Dan cuti ni aku akan ambil peluang untuk bekerja dan belajar masak. Dah berkarat dah skill memasak, nak kena kasi polish balik ;) Salam.

20120327

Sense

I am still in my examination mood. 5 down 2 more to go. InshaAllah this 31st will be my last paper which is Travel and Tour Agency Management paper. Looking forward to it. As you all know my last semester result was quite an achievement for me. Alhamdulillah but I could sense that for this semester I won't be able to do that again. Since this semester many of my paper are very challenging. It's killing my mood after sitting them. And what make things even worse today I got my period which also come with period pain. Package. Full set with acne also. What a day, a week, a month. Just hoping for things to be better. Tomorrow is my second last paper and last paper will be this Saturday. Wish me luck friends. Pray for me and I'll pray for your success and happiness too. We help each other, isn't that's what we supposed to be doing right? Take care okay ;D

Assalamualaikum brothers and sisters.

20120316

Exam


A smile always made my day especially during this examination week
A nice coffee always made my day especially when I am studying
A great movie always made my day especially when my brain couldn't eat more
A hilarious joke always made my day especially when I am stressed out

So much thing during the exam.
Ya Allah help me, light me with Your guidance, success and bless.

20120312

Tomorrow

Final Examination

130312 - 310312

Wish me luck and all the best to UiTM students!

20120304

Sertifikasi 2



Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Aku berpeluang sekali lagi untuk genggam sijil dan plak untuk semester 2 dan 3. Seronok sangat! Aku harap aku dapat kumpul sertifikasi sebanyak mungkin sampailah ke akhir semester. Semester 1 dan 2 dulu aku adalah pelajar harapan. Dan buat semester 3 Alhamdulillah aku adalah pelajar cemerlang. Seronok sangat dapat datang ke majlis anugerah, terima pulak anugerah yelah kat sekolah dulu dapat anugerah pun masa darjah 1 je lepas tu takde dah. Aku bukan pelajar yang pintar dulu sekarang ini sajalah masa untuk tebus balik semuanya. Diploma Pengurusan Pelancongan merupakan kursus UiTM terbaik bagi sesi 2010/2011. Kursus terbaik 3 kali berturut-turut! ;DD Gambar yang kedua tu gambar semua pelajar tourism yang dapat sertifikasi dan plak. Alhamdulillah bertambah dari semester ke semester.

20120301

Rezeki

Kalau dulu aku tak dapat jadi MC untuk Tournament Rugby ITP tapi hari ini Alhamdulillah Allah kurniakan aku rezeki. Rezeki jadi MC untuk seminar bersama Dr. Irfan Khairi Jutawan Internet dengan ceramahnya yang bertajuk Cabaran dan Peluang Memasarkann Produk Secara Dalam Talian(Online). Alhamdulillah, aku bersyukur atas rezeki yang diberi. Kan aku dah cakap dulu, kalau dulu tak ada rezeki mungkin lain kali akan ada. Seronok sangat sebab program kali ini full house dan berjalan dengan lancar. Tidak dinafikan hari ini bukanlah kali pertama aku mengacarakan majlis namun aku tetap nervous, jantung ni macam nak terkeluar dari dada pagi tadi. Aku lega sangat semuanya okay. Alhamdulillah Allah berikan aku peluang, lecturer berikan kepercayaan, kawan-kawan berikan sokongan dan penonton berikan perhatian. Syukur, Alhamdulillah.

Exam dah nak dekat, Good luck UiTM students including me ;)

20120217

February

This february I am very-very busy. I don't have extra time to update my facebook stats, blog entries and etc. Fully booked by assignments, lectures and events. An event after an event. Last week I went to Penang and next week I'll be going to KL for one day trip. An excursionist trip. You don't know how tired and busy I am. Tomorrow I'll be sitting for test, not one but TWO! Instead of breathing I sighing but how can I argue, I am the one who chose this course and as a student this is a super normal situation. I just need to chill. So, readers I am very sorry for not updating my blog entries. I am terribly sorry.

For your information I had finish my book vouchers. I bought Himpunan Solat-Solat Sunat-Rusydi Ramli Al-Jauhari, Resepi 365 Hari 1 Hari 1 Resepi-Chef Hanilieza, Katerina-Ahadiat Akashah and Bila Allah Menduga Kita-Syed Alwi Alatas. For those who don't know what to do with their book voucher please ring me, I need more book!

Wish me luck for my exam. Thanks ;) Assalamualaikum!

20120123

Kolej dan rumah

Sekarangkan raya cina, jadi aku ambil peluang ni balik rumah. Rumahku syurgaku. Tapi aku cuti tak lama, taklah sampai seminggu macam UTM dan SMK. 2 hari je, isnin dan selasa. Hari ni dah isnin jadi esok aku baliklah ke Ipoh dan rabu ke kelas seperti biasa. Cuma yang merisaukan aku adalah, setiap kali aku balik rumah aku memang lupa terus kat kolej aku tu. Segala kerja assingment, tutorial, quiz and test semua aku lupa. Walaupun aku bawa balik semua nota-nota tu untuk dibaca di rumah tapi jangan haraplah aku nak baca. Bila balik rumah TV tu memanggil-manggil. HBO, Cinemax, Fox Movies, AXN dan etc. Risau betul kalau balik rumah. Tapi aku bersyukur jugak sebab keluarga aku berjaya menggembiarakan aku sampaikan aku terlupa tanggungjawab sebagai pelajar dan pikul kembali tanggungjawab sebagai anak.

20111105

Alhamdulillah :'D

Dream came true. Listed in the Dean's List.
Alhamdulillah. Glad and thankful to Allah.

To my readers, I am wishing you a Happy Hajj.
May Allah bless us all. Take care.

20111101

November dan Malaysia



Mungkin aku patut tukar tajuk entri aku kepada Ogos dan Malaysia. Macam tak sesuai video patritotik pada bulan november. Tapi. Aku sayang negara aku. Jadi, aku punya sukalah.

Malaysia sangat bertuah kalau nak bandingkan dengan negara lain yang ada banyak masalah dan krisis. Mungkin ada kekurangan dimana-mana tapi kita mesti bersyukur sebab kita aman. Tak perlu risau rumah kena bom. Tak perlu risau kebuluran. Semua ada cuma cara mendapatkannya tu mungkin berbeza.

Dan november kali ini kita akan sambut Hari Raya Aidil Adha. Dan pada jam 9, 4 november ini keputusan final exam akan keluar.

20111010

Cuti yang klise

Okay, aku dah habis exam dan mulakan cuti aku pada 0810 haritu dan baru harini nak buka akaun blogger aku ni. Banyak masa dihabiskan dengan meng-explore peti ais, tivi, rumah aku sendiri, bandar Nilai yang dah ada macam-macam selepas nak dekat 3 bulan tak berjalan kat Nilai.

Kadang tu terkejut sampai ternganga mulut. Nilai dah maju siot! Tapi aku tetap lagi suka duduk Shah Alam.

Takpelah, dan sekarang aku memang lebih banyak duduk di Ipoh berbanding Nilai. Yelah, dah kata aku belajar di Ipoh. Setiap kali cuti memang aku tak rindukan Ipoh. Kawan-kawan di Ipoh ya, Tapi kalau Ipoh memang aku tak rindu. Tak ada apa kat sana yang menarik aku. Shah Alam dan Nilai lebih seronok.

Aktiviti cuti ni bukan apa sangat pun tengok tivi, kemas rumah, basuh dan sidai baju, masak dan aktiviti paling baru adalah bagi kucing makan. Sebab rumah aku sekarang dah ada kucing. Nama dia Yatimah. Lawak je nama. Tapi yang paling aku tak sabar masa cuti ni nak pergi shopping! InshaAllah hari khamis ni nak shopping. Kat Mid je pun. Dan nak tengok Real Steel.

20111006

Breathing

Lungs now are filled with fresh air. It feels good. I really don't want to think about the exam and especially about the upcoming result. All I want to do is to enjoy my holiday as much as I can. I still got things to be settle but that is not stopping me. Shopping is my thing. I've been keeping money for it. Can't wait. Ka-ching!

Yesterday, as soon as the exam finished I hit the cinema. Johnny English was superb! I saved the movie until I finish my exam and it was no regrets. Laughing for the whole night. And I got the third rose from him. Pink. Couldn't be better ;)

Life is about giving, receiving and sometimes losing love - Mohabbatein

20111004

Still suffocating

Tomorrow is the day. The last day of my final exam. ACC 106. Accounting. Love them like hell! ;o Freaking scared to take this paper. I am not good in handling numbers and figures. I bet you all knew it. But I have no choice I need to pass this paper, I don't want to repeat. No more! Can't wait for tomorrow, the day that I can fill my lungs with fresher air. Still suffocating.