Showing posts with label reality matters. Show all posts
Showing posts with label reality matters. Show all posts

20130407

Tak susah pun boikot barangan Israel

Assalamualaikum ;D

 
Pertama sekali, untuk post kali ini aku nak bercakap mengenai cara-cara untuk memboikot produk atau barangan yang made in Israel. Semestinya kita perlu mencuba sedaya-upaya untuk boikot Israel sebabnya terang lagi bersuluh mereka membunuh saudara se-Islam kita dibumi Palestin sudah hampir 70 tahun. Dari tanah sebesar-besar Palestin telahpun mereka jajah sehingga kini yang tinggal hanya tanah Gaza. 

Bayangkan berapa ramai yang sudahpun meninggal syahid semenjak 70 tahun yang lalu, jadi takkan kita sekarang hanya mampu untuk tengok dan dengar dikaca TV, dicorong radio dan diskrin monitor komputer. Sentiasa ada jalan untuk membantu saudara kita disana. #1 dengan mengirimkan doa kepada Palestin, #2 dengan menderma ke Tabung Amal Palestin, dan #3 dengan memboikot produk Israel. Dan antara ketiga-tiga langkah ini, langkah yang ke-3 merupakan yang paling sukar kerana produk Israel mendominasi pasar raya di negara kita. Tapi susah bukan bermakna mustahil.

                              
Adalah penting untuk kita ambil tahu yang mana satu produk Israel dan yang mana satu bukan. Kita boleh lawati laman-laman web cuma perlu taip sahaja produk barangan Israel, banyak laman web yang akan memberikan jawapan anda. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Gambar yang aku letak kat atas ini adalah sebahagiannya. Atau kauorang boleh pergi website ini. Sangat membantu. http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html.

Dan aku paling yakin sekali produk paling susah nak boikot adalah Nestle. Produk Nestle banyak gila! Contohnya, Milo, KitKat, Maggi, Susu, Ais Krim Matkool, Yogurt dan etc. Kita sentiasa ada produk lain yang boleh diguna sebagai ganti. Contohnya, Milo = Vico/Oligo/Ovaltine, Maggi = Mamee/Cintan, Ais Krim = Wall's/King's, Yogurt dan susu = Dutchlady. Banyak cara sebenarnya. Dan jangan risau semua produk gantian yang aku syorkan ini semuanya bagus-bagus, aku sedang pun menggunakannya. Vico sedap, Oligo lagi sedap! Tak lari pun rasa dia.Sila rujuk disini untuk produk-produk Nestle: www.nestle.com.my/                                  

Dan produk favourite kita lagi adalah McDonald's. Kan? Confirm! Aku pun suka! I have to admit yang dalam aku sedang boikot itupun aku terliur jugak tengok Prosperity Burger dan Double Cheeseburger tapi aku kuatkan iman untuk menolak sehabis baik. Dalam 3 bulan sekali hingga 4 bulan sekali baru aku akan makan. Itupun kalau dah tak tahan sangat. Burger Pak Cik Ramli pun sedapkan, Burger Bakar Rawang pun sedap. Banyak jalan lain. InshaAllah. Bukan tak boleh langsung makan McD tapi cuba elak sehabis baik.

Handphone. Alhamdulillah sekarang dah ramai tak pakai jenama Cokia dah. Majoriti pakai Samsung, Sony Ericsson, Iphone, HTC dan selain Cokia dan Motorola. Kita boleh. Perlahan-lahan cuba boikot, bukan untuk orang lain, untuk saudara se-Islam kita kat Gaza sana. Nak berjihad berapa kerat ajelah yang berani jadi kita jihad dengan cara ini. Tak susah, mungkin pada awal-awal macam berat tapi bila dah biasa kita tak rasa nak pun. 

Kadang-kadang orang tanya balik, kalau hadiah orang bagi, kalau orang belanja makan McD, kalau orang buatkan air Milo dan soalan-soalan sewaktu dengannya, jawapan aku simple je, rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Kalau belanja makan McD aku pun nak! :D Kalau kita tak keluarkan duit kita untuk produk Israel tersebut, then tak apa terimalah ajelah dengan hati terbuka. What I want to say here is that any investment that come from ourselves for the Israel's product should be avoided as long as we can. Tak perlu melabur untuk barangan diorang tu, produk ganti lain banyak. 

That's it for now. Happy boycotting! Good luck my brothers and sister :)

20130331

Final hours

Assalamualaikum.

Aku nak cerita kat kauorang pasal aku punya hari terakhir di Ipoh. Aku balik Nilai pada 310313 tengah hari. Abah aku ambil aku but first dia kena datang Ipoh dulu naik bas. Okaylah, perancangan semua dah okay. Beg dah kemas, barang-barang semua dah simpan.

Pagi hari yang aku nak balik tu, ingat nak pergi isi minyak kereta bagi full tank supaya senang nanti tak payah nak pergi petrol pump dah. Jadi, pagi yang indah itu aku nak pergi isi minyak dengan Farid. Saja nak spent time with him on my last day. Spent time isi minyak pun okay apekan. Heeee.

Dah masuk dalam kereta semua, tinggal nak start enjin, enjin tak boleh start. Cannot go. Cuba banyak kali. Farid cakap ayat keramat tu "Awak, kereta awak ni bateri problem. Bateri kong. Samada awak kena charge atau ganti baru." OMG, ganti baru!!! Melayang duit aku. RM 200 pulak tu tapi Alhamdulillah nasib baik just kena charge je. Then kami terus check bateri semua. Aku memang sah-sahlah blur. Pasal kereta aku tak mahir. Dan pagi tu jugak pukul 9 Farid ada exam so tak bolehlah dia nak tolong aku lama-lama. Dia ada bagi spannar dia tapi dia punya besar, terlebih satu saiz je, sebab skru bateri aku kecik gila.

Dia just cakap try cari spanar, buka enjin then hantar kedai bateri. I was blur. Tak tahu nak buat apa, nak tolak kereta, aku perempuan kot, mana larat. Masa tu pun pagi-pagi, mana ada orang lelaki yang boleh tolong. So I decided to go to the nearest food court from my place with my friend to seek help. Jadi terjumpalah seorang pak cik meniaga roti canai ni. Biasalah, sembang punya lama pun bukan tau namakan. Haish, aini aini.

Jadi dia sanggup mengenepikan perniagaan dia itu untuk tolong aku. Alhamdulillah. Kami tolak kereta, pun tak boleh start jugak. Jadi pak cik tu bawak spannar dari rumah dia, sebab spannar Farid bagi besar sikit jadi tak boleh nak bukak bateri. Pak cik tulah volunteer nak hantar bateri aku ke kedai, dia jugaklah yang ambil bateri aku dan tolong pasangkan. Betapa baiknya hati dia. Dan Alhamdulillah, Allah disisi aku, kereta aku sudah pun boleh hidup.

Sejurus selepas kereta aku hidup, terus aku dan Farid(selepas dia habis exam) pergi ambil abah aku kat Bercham. Sampai-sampai je bilik terus aku dan kawan-kawan aku load barang dalam kereta. Penuh kereta aku, boot dengan seat belakang fully taken. Dan semestinya sesi sedih-sedih bersamamu selama 3 tahun pun bermula. I burst into tears like crazy you know! I tell you, I will definitely going to miss my friends kat Ipoh. My dorm mates especially, they're the best. May Allah bless my friends. I love them all.  Dan of course Farid pun sama. Dia lelaki, mana nangis, aku je menangis lebih but I knew that he will miss me soo bad just like I will. 

So thank you Allah for the time in Ipoh, for the people I meet in Ipoh, for the love I found in Ipoh and for everything in Ipoh that can be cherish. Thank you. :'( *taip ni pun dah rasa macam nak nangis*

20130323

All Star Celebrities Gala Night Dinner

Assalamualaikum ;)

Hai semua, well seperti yang anda-anda semua tahu aku sudah pun tamat diploma dan most of my friends yang tinggal jauh dan bukan berasal dari Ipoh akan balik ke kampung halaman atau rumah masing-masing. Termasuklah aku. Aku akan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan.

Sebelum semua orang balik course mates aku yang sangat caring dan prihatin throw a dinner for us, I mean for our course-lah, dari sem 1 sampai sem 6 join. I am so touched. Thank you. Alhamdulillah. Temanya adalah All Star Celebrities which I don't really get in the first place but then I asked the organizer, dia cakap you wear like a celebrity of your choice. Wow, that's hard enough, I don't event know what to wear kot. :O

So, I was being me, very casual, rules breaker(which I know I shouldn't be) I wore a short dress with black skinny boot cut jeans and 5 inch wedges. Bayangkan betapa larinya tema aku kan. In case, kalau diorang tanya, Aini, kau tiru stail siapa ni? Artis yang mana? Aku just cakap Juliana Evans versi bertudung, pakai seluar skinny boot cut(sebab Juliana selalunya pakai skinny so aku lari sikit) dan pakai spek! :D Heeeee

The dinner went well. We had soo much fun, the entertainer was hilarious which was my very own amazing classmates. Dan semestinya part paling sedih time dinner tu dah nak habis. Semua orang minta maaf antara satu sama lain, mengenang kenangan lama dari sem 1 sampailah sem akhir. Tipu kalau aku cakap aku tak menangis. Aku ingat aku tak nangis malam tu but I am not strong enough, I cried a lot. I will surely going to miss my friends. Yelah, 3 tahun satu kelas sama, bayanglah, baik buruk semua tahu. 

 Aku bersyukur aku dikurniakan peluang berkenalan dengan diorang semua. I am very happy to have them in my life. Thank you guys, I love you all. May Allah bless you. 

20130224

3 Pinggan

Assalamualaikum ;)



Okay, sebagai seorang manusia yang normal dan sempurna fizikal dan mental adalah satu kewajipan untuk makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Dan sebagai perempuan adalah normal untuk makan lebih dari sepinggan. mungkin 2 pinggan tapi BUKAN 3 pinggan. Tapi aku, makan sampai 3 pinggan! Aku perempuan dan aku makan nasi sampai 3 pinggan. Kauroang bayangkan aku makan banyak macam mana. OMG. :O


Kalau ikutkan malam itu, bukan makan McD, KFC, or Domino's. Kalau makan nasi pun bukan lauk grand-grand. Bukan siakap 3 rasa, ketam goreng bercili, butter prawn, satay kajang or apa-apa makanan yang boleh kecur air liurlah. Makan malam yang teramat simple. Teramat ringkas.


Nasi putih panas, kicap, serunding ikan, sambal tumis kosong dan telur rebus. Aku rasa malam tu makan sedap gila. Heaven! Makan punya makan aku baru teringat yang aku dah tambah 3 kali then baru aku stop. Aku tak boleh tahan diri aku makan malam tu. Bila dah habis aku terkejut gila, roommate aku pun terkejut tengok aku makan banyak macam tu.


Okay itu yang terbarulah, ada satu malam tu roommate aku masak bubur nasi. Letak carrot, kentang, sosej, daun sup dan daun bawang. Makan dengan sambal, kicap dan ikan bilis. Simple je dinner aku, tapi makan banyak gila. Masing-masing tambah berapa kali entah. Punyalah seronok makan. Satu, mungkin sebab masak sendiri, dua, mungkin sebab makan ramai-ramai, tiga, sebab makan panas-panas! Nyam nyam!


Konklusinya, aku seorang perempuan yang makan banyak! Makan ramai-ramai lagi seronok dari makan sorang-sorang dan pastikan kalau nak makan nasi, nasi tu panas! Baru syiok! :D



Sedapkan!?! :D

20121228

Rain, clouds and human hands


Assalamualaikum!

Since last month and this month the whole Malaysia received a lot of rain. Which is a great thing but also bad to some. Especially in Kelantan and Terengganu. They received both rain and flash flood. May Allah bless and protect them from any harm. Amin. And for us, let's enjoy the rain cause rain brings rizq(rezeki).

I'd like to talk about clouds actually. Yeah, since it has been raining heavily so it's quite impossible to see white, fluffy and cotton candy look alike clouds in the sky. So, whenever a sunny day came I will definitely always take some of my time to look up. To look at the clouds. Those beautiful, white and fluffy 'cotton candy'. It actually make me smile and calms me down.

It shows how Allah's creations are flawless.  The sky, the sea, the forest, the clouds, the animals and us.

But those human hands are the one who destroys them. Imagine Cameron Highland without trees. Hmm...

20121226

Stress




Aku yakin semua orang ada cara sendiri untuk overcome stress. And so do I. Kalau aku stress aku suka untuk cuci bilik air. Baguskan? Menantu pilihan nih. Hewhewhew. Aku perasanlahkan setiap kali aku stress aku akan capai berus dalam bilik air dan cuci the whole bathroom. Lantai, sinki dan dinding akan berkilat dengan bantuan Mr. Muscle. Lepas dah berpeluh-peluh dan panas bagai direbus tu aku pun akan terus mandi.

Fresh!

That’s the only word yang boleh aku fikirkan. Stress hilang, bilik air bersih dan yang paling penting ketiak aku wangi! Hohoho. *gelak orang gila* Tapi tak semestinya everytime aku cuci bilik air aku stress kadang-kadang dah memang bilik air tu memerlukan bantuan Mr. Muscle jadi aku cuma merealisasikan impian bilik air tersebut. So, itu maybe salah satu cara aku melepaskan stress yang aku rasa macam wajar nak share dengan uolls. Hewhewhew. So, that's it guys. Till next time

Assalamualaikum ;)

20121116

He talk


Last time I was surfing the net to look for beautiful pictures with awesome quotes on it. I browse at one of the tumblr's islamic pictures and Alhamdulillah I got myself some beautiful pictures. One of the pictures that has quotes on it has amazed me.

It says, 'if you want to talk to Allah then pray, if you want Allah talks to you then read the Quran'.


I read the quotes over and over again. Simple quotes but meaningful. It's true my friends! Allah does talk to us. Just read the Quran! He gives us solutions, motivation, chance, acceptance at all time so why can't we spent short amount of time talking to Him and listen to Him. Five times a day is never enough to payback all the attention that He has give. And that's why we should talk to Him more often not just five times per day but if possible try more! And always read what He's trying to say so that we will always be grateful.


You see my dear sisters and brothers, He loves us all. He gave us permission to talk to Him at anytime whenever you remembers Him and He will reply back to you in the simplest way. Read the kitab and you'll know.


Assalamualaikum. I love us all ;DD  

20120921

Rupa Fizik

Assalamualaikum anda semua ;D

Well, hari ini aku nak bercerita tentang rupa. 

Aku punya seorang kawan lelaki. Dia ada girlfriend. Girlfriend dia memang tidak boleh dinafikan kecantikannya. Awek dia memang lawa. Kalau aku yang perempuan pun boleh cakap dia lawa, cantik, comel dan etc apatah lagi lelaki. 

Pada aku at certain time awek dia perlu berpurdah. Maklumlah hanya dengan kecantikan wajah sahaja sudah dapat menggoncang iman seorang lelaki apatah lagi kalau perempuan yang tidak menutup auratnya. Okay bukan awek dia yang aku nak ceritakan disini. Tetapi pasal kawan aku yang lelaki tu.

Kawan aku tu, dia suka untuk melihat orang-orang disekeliling beliau dangan pandangan yang bermacam-macam bermain di benak fikirannya. Dan seterusnya dia akan mengkritik orang-orang tersebut. Kenal tak kenal tak peduli sesiapa pun boleh menjadi mangsanya.

Ini satu hal yang aku cukup tak suka. Dia sangatlah santai dan relaks untuk kata atau kritik apa sahaja tentang rupa orang lain. Asal hodoh di mata dia lajulah dia berkata-kata. Dia kritik awek orang ni lah, awek orang tu lah. Gemuk, pendek, buncit, hitam, jongang, kawah, terencat, buruk dan apa-apa sahaja yang berdekatan.

Dan aku yang terdengar ni memang tak suka, sakit hati. Awek dia berkali-kali cakap "jangan cakap kat orang macam tu nanti Tuhan kurniakan kita anak lagi hodoh daripada orang yang awak kutuk tadi". Aku ingat bila dah peringatkan pasal Allah dia nak diamlah kot rupanya tak, masih lagi disambung kritikannya.

-__________-"

Aku juga ada seorang kawan yang memilih boyfriend. Bukan tak ada lelaki yang baik, beriman, sopan, lembut mahukan dia. Ada. Untung dia tapi iyalah itu kata aku. Kata dia kalau hodoh tak mahu aku buat laki. Jadi, aku pun speechless dan tak tahu nak cakap apa sedangkan lelaki yang baik itu masih menuggu dia. Tapi kawan aku ni dah pun ber-boyfriendkan lelaki yang comel *lahh sangat* pada aku tak comel mana pun. Laki yang sebelum ni lagi tiptop. Nak kata hodoh gila sampai macam muka perogol, tak pun. Tapi tulah, dah dia suka yang hensem-hensem, comel-comel, jambu-jambu je. Den nak buek camnokan.

Readers-ku sayang, rupa tak kekal, yang penting hati kita. Untunglah dia dah rezeki dia dapat awek cun, cuba kalau awek dia hodoh dimata orang lain, apalah rasanya kalau awek dia sering dihina atas alasan paras rupa yang kurang menarik. Sedih! Pedih! Kan? Kan? Mesti punya!

Pada aku manusia ini cantik kalau hatinya baik, kalau rupa cantik hati busuk aku nak tengok pun tak lalu. Aku cuma nak cakap pada yang suka sangat pandang pada rupa, lupakanlah, rupa tidak menjamin kebahagiaan ini kerana dari hati yang bersih itu baru akan datangnya rasa bahagia. Malah Allah pun tidak melihat rupa hambaNya apatah lagi kita hamba hina. Jangan suka sangat mengkritik rupa orang. Tak baik. Kalau kutuk rupa atau fizikal orang maknanya serupalah dengan menghina ciptaan Allah SWT. 

Itu sahaja pesanan dari saya untuk saya dan anda.

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh!   

20120729

Maha pemurah



Hidup ini unpredictable. Kalau kita nak yang tu, kita mungkin dapat yang lain. Kita mintak lain kadang tu tak dapat pun. Dan ada pula yang kadang-kadang dapat something yang lebih baik tapi sebenarnya tak perasaan. Sebab apa dia tak perasaan sebab dia dah set-kan otak dia pada satu benda tu saja yang dapat memuaskan hati dia sedangkan Allah mampu kurniakan sesuatu yang lebih lagi.

Allah itu pemurah apa yang kita minta dan kalau bersesuaian Allah akan tunaikan. Cepat atau lambat aje.Tapi sedarkah kita dalam kita banyak meminta pada Allah, Allah tak minta banyak pun dari hambaNya. Cukup sekadar menjalankan rukun Islam kita tu dengan seikhlas hati dan tetapkan hidup ini hanya untuk Dia dan jangan pernah sekali-kali putus harap pada Dia.

Cuma itu tapi itulah satu permintaanNya yang tersangatlah sukar untuk dipenuhi. Kerana apa? Kerana kita kini mudah diperdaya oleh syaitan yang pernah berjanji takkan pernah berhenti mengganggu Adam AS dan keturunannya sehingga kiamat tiba. Kalau syaitan yang direjam itu tidak pernah lupa akan janjinya pada Allah kenapa kita boleh lupa sedangkan kita ini adalah ciptaan Allah yang paling sempurna.

Ingatlah janji kita pada Allah. *angkat tangan kanan kauorang tinggi paras bahu dan baca ayat lepas ni kuat-kuat* Aku berjanji tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku berjanji bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Konklusinya disini ialah Allah itu pemurah. Kita minta banyak pada dia, jarang kita hanya duduk dan kenangkan dosa kita pada Allah tapi kita sering meminta-minta. Sebolehnya cuba untuk berdoa supaya dosa kita diampuni dan semoga ditempatkan di Jannah Allah. Itu lebih baik dan banyakkan bersyukur. InshaAllah hidup ini akan lebih indah. Seryes wa cakap ;D

Bai, Assalamualaikum.


P/s: first of all sorry sebab tiba-tiba tulisan jadi besar. Actually aku pun tak berapa suka, aku suka small font macam yang selalu tu tapi tak tau kenapa blog aku kalau buat font small dia jadi kecil sangat macam post KLIBF tu. then akan menyusahkan mata anda untuk membaca post. jadi untuk mengelakkan perkara begitu berlaku aku terpaksa membesarkan font kepada normal. minta maaf banyak-banyak semua.  

20120419

Kuda

Kenapa entri kali ini tajuk dia kuda? Okay, lunch harini aku makan daging kuda! :D Macam pelikkan, tapi sedap! Sedap sangat-sangat. Sedap gila!!! Aku suka makan daging. Daging merah daging putih dua-dua suka. Daging kuda harini first time jumpa dan makan. Excited gila bila dapat tahu aku akan makan kuda. Memang teringin nak rasa cuma susah nak dapat ni dah ada peluang memang tak boleh miss punyalah. Okay aku akan list-kan daging yang pernah aku makan. Daripada yang selalu dan yang jarang orang makan. Yang halal ye, kang salah faham pula.

Yang selalu orang makan:
Daging Ayam
Daging Lembu
Daging Kambing
Daging Itik

Yang jarang orang makan:
Daging Burung Unta
Daging Rusa
Daging Landak
Daging Kuda (ini yang terbarulah ;D)

Teringin nak rasa daging unta dengan arnab. Tak dapat-dapat lagi. InshaAllah ada rezeki nanti aku mesti try!
Assalamualaikum. Bai.

20120418

Basikal 2

Aku baru lepas baca surat khabar harini tadi. Aku selak-selak sampailah ke ruangan dunia. Dan aku terkejut bila terbaca satu artikel dalam paper tu. Akhbar berita harian ye kawan-kawan. Pakar-pakar dari Universiti Yale membuat kajian bahawa menaiki basikal tidak hanya berisiko kepada lelaki tetapi juga kepada wanita.

I was like seriously? Is this for real? OMG! Aku pecinta basikal kot! Janganlah buat macam ni. Dalam paper tu tulis wanita yang sering menaiki basikal akan mengalami kebas dibahagian seksualnya dan lama-kelamaan rasa seksual akan hilang. Oh man, this can't be true. What I am gonna do. I love cycling. Like soo much. Haishhh.

Tapi bila surfing kat internet pasal risiko berbasikal bagi perempuan takde pun melainkan pixie. Ntahlahhh. Haishhh. Sabar aenny ye sabar. Okaylah bai u olls. Assalamualaikum.

Hari ini.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup.
*Copy and paste from a friends facebook wall.

20120415

A superbly worth watching videos.







Eyes watering, jaw dropping and heart touching. I never regret those minutes I wasted while waiting for these videos to start playing. It will buffer for a few seconds but please wait a little and watch them until the end. MashaAllah. Thank you. Salam.

20120412

Extreme weather

Assalamualaikum brothers and sisters. Its a hot day in here. Nilai, Negeri Sembilan.

As we all know that yesterday Acheh had an earthquake. A huge one. 8.7 magnitude. If I was not mistaken. There a some places in Malaysia felt the quake too such as Penang, Malacca and Johor. Country like India also felt it. MasyaAllah. Plus the tsunami was reported to be happen but then they took back the statement. Alhamdulillah nothing happen yesterday and today.

This morning while having my breakfast I enjoyed watching National Geographic at home and I watch a show about extreme weather. This time its about extremely cold weather in northern US and Canada. The whole river and sea are frozen. The host himself drove a four wheeled drive on it and not a single crack occured. Imagine how cold is that and I am sure we Malaysian can never handle that kind of weather. As a Malaysian I am very happy and glad to have this not so hot and not so cold weather. Tropical weather I must say. It is because we may not die because of too cold or hot but only to the maximum level of hunger. ;D

So, we Malaysian are very-very lucky. We don't experienced extreme cold or hot weather, typhoon, watersprout and currently the earthquake. Alhamdulillah.

20120410

Animal Kingdom

I have always love animals. Well maybe not all animals but I do enjoy the zoo. Very-very much and I don't mind visiting the same zoo everytime it is because I will still be amazed and never get dissappointed by the animal kingdom. To me animals are very interesting and fascinating.

And now I have this in thing with cats!

I have to admit that I was not a cat lover. NOT AT ALL! I don't know what change my mind and now I own a kitten. Named Tommy for short and Tommy Hilfiger for long :DD I also enjoy bird watching and yes fish! I love watching National Geographic. A documentary about The Universe and Planet Earth. You guys really should check it out.

Well, here is a few beautiful people with animals name. They are the most beautiful cat and fish on screen.

Cat Deeley (So You Think You Can Dance Host)

Isla Fisher (The Confession of a Shopaholic)

20120409

Kebuluran


Kita lapar kita makan. Tetapi kalau makanan tu tak sedap, kurang memuaskan atau biasa-biasa saja tanpa berfikir panjang kita akan buat muka, tolak pinggan ke tepi, luahkan balik dari mulut, buang terus dan order makanan baru.

Ye, betul, kita bayar untuk makanan yang sedap tapi dapat yang macam ***** tapi sadarkah kita bahawa dalam kita senang-lenang memilih itu ini untuk dijamah ada insan lain yang kebuluran.

Insan lain yang lebih memerlukan makanan tapi terpaksa menahan perut sebab tiada apa untuk ditelan. Tapi kita?

Aku tengok manusia-manusia yang kebulur di luar negara sana menitis air mata. Mengucap syukur aku pada Allah sebab kita tak kebulur macam mereka. Ada saja makanan untuk dijamah. Mungkin ada juga orang Malaysia kita yang mengalami masalah sama jadi ringan-ringankanlah tangan untuk menderma pada mereka yang mampu. Ringan-ringankanlah bibir untuk ucapkan syukur pada Allah dan terima apa yang ada.

Kalau kita mampu untuk makan ayam goreng hari-hari ingatlah pada orang yang tidak mampu merasa walau secubit pun. Ada yang hanya mampu nasi dan air garam. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada dan jikalau kita punya lebih apalah salahnya kita berkongsi pada mereka yang perlu.

Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang kita punya kerana ada manusia lain di luar sana tidak dapat merasa apa yang kita ada. Berzakat dan mendermalah kerana mungkin itu satunya jalan untuk kita bantu mereka. Salam.

20120301

Rezeki

Kalau dulu aku tak dapat jadi MC untuk Tournament Rugby ITP tapi hari ini Alhamdulillah Allah kurniakan aku rezeki. Rezeki jadi MC untuk seminar bersama Dr. Irfan Khairi Jutawan Internet dengan ceramahnya yang bertajuk Cabaran dan Peluang Memasarkann Produk Secara Dalam Talian(Online). Alhamdulillah, aku bersyukur atas rezeki yang diberi. Kan aku dah cakap dulu, kalau dulu tak ada rezeki mungkin lain kali akan ada. Seronok sangat sebab program kali ini full house dan berjalan dengan lancar. Tidak dinafikan hari ini bukanlah kali pertama aku mengacarakan majlis namun aku tetap nervous, jantung ni macam nak terkeluar dari dada pagi tadi. Aku lega sangat semuanya okay. Alhamdulillah Allah berikan aku peluang, lecturer berikan kepercayaan, kawan-kawan berikan sokongan dan penonton berikan perhatian. Syukur, Alhamdulillah.

Exam dah nak dekat, Good luck UiTM students including me ;)