Assalamualaikum.
Aku nak cerita kat kauorang pasal aku punya hari terakhir di Ipoh. Aku balik Nilai pada 310313 tengah hari. Abah aku ambil aku but first dia kena datang Ipoh dulu naik bas. Okaylah, perancangan semua dah okay. Beg dah kemas, barang-barang semua dah simpan.
Pagi hari yang aku nak balik tu, ingat nak pergi isi minyak kereta bagi full tank supaya senang nanti tak payah nak pergi petrol pump dah. Jadi, pagi yang indah itu aku nak pergi isi minyak dengan Farid. Saja nak spent time with him on my last day. Spent time isi minyak pun okay apekan. Heeee.
Dah masuk dalam kereta semua, tinggal nak start enjin, enjin tak boleh start. Cannot go. Cuba banyak kali. Farid cakap ayat keramat tu "Awak, kereta awak ni bateri problem. Bateri kong. Samada awak kena charge atau ganti baru." OMG, ganti baru!!! Melayang duit aku. RM 200 pulak tu tapi Alhamdulillah nasib baik just kena charge je. Then kami terus check bateri semua. Aku memang sah-sahlah blur. Pasal kereta aku tak mahir. Dan pagi tu jugak pukul 9 Farid ada exam so tak bolehlah dia nak tolong aku lama-lama. Dia ada bagi spannar dia tapi dia punya besar, terlebih satu saiz je, sebab skru bateri aku kecik gila.
Dia just cakap try cari spanar, buka enjin then hantar kedai bateri. I was blur. Tak tahu nak buat apa, nak tolak kereta, aku perempuan kot, mana larat. Masa tu pun pagi-pagi, mana ada orang lelaki yang boleh tolong. So I decided to go to the nearest food court from my place with my friend to seek help. Jadi terjumpalah seorang pak cik meniaga roti canai ni. Biasalah, sembang punya lama pun bukan tau namakan. Haish, aini aini.
Jadi dia sanggup mengenepikan perniagaan dia itu untuk tolong aku. Alhamdulillah. Kami tolak kereta, pun tak boleh start jugak. Jadi pak cik tu bawak spannar dari rumah dia, sebab spannar Farid bagi besar sikit jadi tak boleh nak bukak bateri. Pak cik tulah volunteer nak hantar bateri aku ke kedai, dia jugaklah yang ambil bateri aku dan tolong pasangkan. Betapa baiknya hati dia. Dan Alhamdulillah, Allah disisi aku, kereta aku sudah pun boleh hidup.
Sejurus selepas kereta aku hidup, terus aku dan Farid(selepas dia habis exam) pergi ambil abah aku kat Bercham. Sampai-sampai je bilik terus aku dan kawan-kawan aku load barang dalam kereta. Penuh kereta aku, boot dengan seat belakang fully taken. Dan semestinya sesi sedih-sedih bersamamu selama 3 tahun pun bermula. I burst into tears like crazy you know! I tell you, I will definitely going to miss my friends kat Ipoh. My dorm mates especially, they're the best. May Allah bless my friends. I love them all. Dan of course Farid pun sama. Dia lelaki, mana nangis, aku je menangis lebih but I knew that he will miss me soo bad just like I will.
So thank you Allah for the time in Ipoh, for the people I meet in Ipoh, for the love I found in Ipoh and for everything in Ipoh that can be cherish. Thank you. :'( *taip ni pun dah rasa macam nak nangis*
Assalamualaikum ;)
Okay, sebagai seorang manusia yang normal dan sempurna fizikal dan mental adalah satu kewajipan untuk makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Dan sebagai perempuan adalah normal untuk makan lebih dari sepinggan. mungkin 2 pinggan tapi BUKAN 3 pinggan. Tapi aku, makan sampai 3 pinggan! Aku perempuan dan aku makan nasi sampai 3 pinggan. Kauroang bayangkan aku makan banyak macam mana. OMG. :O
Kalau ikutkan malam itu, bukan makan McD, KFC, or Domino's. Kalau makan nasi pun bukan lauk grand-grand. Bukan siakap 3 rasa, ketam goreng bercili, butter prawn, satay kajang or apa-apa makanan yang boleh kecur air liurlah. Makan malam yang teramat simple. Teramat ringkas.
Nasi putih panas, kicap, serunding ikan, sambal tumis kosong dan telur rebus. Aku rasa malam tu makan sedap gila. Heaven! Makan punya makan aku baru teringat yang aku dah tambah 3 kali then baru aku stop. Aku tak boleh tahan diri aku makan malam tu. Bila dah habis aku terkejut gila, roommate aku pun terkejut tengok aku makan banyak macam tu.
Okay itu yang terbarulah, ada satu malam tu roommate aku masak bubur nasi. Letak carrot, kentang, sosej, daun sup dan daun bawang. Makan dengan sambal, kicap dan ikan bilis. Simple je dinner aku, tapi makan banyak gila. Masing-masing tambah berapa kali entah. Punyalah seronok makan. Satu, mungkin sebab masak sendiri, dua, mungkin sebab makan ramai-ramai, tiga, sebab makan panas-panas! Nyam nyam!
Konklusinya, aku seorang perempuan yang makan banyak! Makan ramai-ramai lagi seronok dari makan sorang-sorang dan pastikan kalau nak makan nasi, nasi tu panas! Baru syiok! :D
Sedapkan!?! :D
Baru-baru ni baju kurung aku terbakar. Terbakar waktu iron baju sebelum pergi kelas yang pertama untuk tahun 2012. Yang peliknya aku gosok kain dulu baru baju tapi yang terbakar baju. Yang lagi pelik, iron tu memang tak panas. Sederhana je. Tapi memang nak terbakar kot, tak boleh nak cakap apalah. Tak lama lepas tu baju kurung dorm mate aku pun terbakar jugak. Dia pun sama macam aku, gosok kain dulu tapi yang terbakar baju. Kalau sebelum ini berebut-rebut nak gosok baju sebab nak cepat pastu panaskan iron sampai betul-betul panas tapi sekarang berebut-rebut nak gosok baju sebab nak cepat jugak tapi tak berani nak panaskan iron sebab takut jadi mangsa kain terbakar macam aku.
Dalam dorm majoriti katilnya adalah katil 2 tingkat. Atau ramai orang lebih suka panggil katil double decker. Aku suka katil belah atas. Sejuk. Dekat dengan kipas. Sejak hari pertama aku datang itu katil aku sampai sekarang. Sangat berpuas hati dengan katil yang ada ni cuma tilamnya saja nipis. Kalau seempuk tilam Vono tu lagi best. Aku jenis tak tidur siang, so selagi tak malam atau selagi tak mengantuk aku takkan naik atas katil. Dorm mate aku semua sudah sedia maklum kalau aku naik atas katil. Maknanya sudah tiba masa untuk aku melelapkan mata. Dan setakat ini macam tulah aku dari sem 1 sampai sem 4 ni.
Dorm aku ada 24 orang dan hanya ada dua bilik air untuk digunakan. Dan pernah satu masa tu hanya 1 sahaja bilik air yang boleh guna. Memang best. Bayangkanlah macam mana panjang kami perlu beratur untuk mandi, berak dan kencing. Tapi beratur maksud aku disini bukanlah beratur macam dalam filem P.Ramlee tu. Kami cuma tinggalkan baldi di depan pintu bilik air sebagai wakil diri sendiri. Dan aku pernah bangun pukul 4 untuk letak baldi aku, aku dengan yakinnya turun dari katil dengan harapan aku baldi yang pertama. Berlari aku ke bilik air nak susun baldi, tengok-tengok dah ada tiga baldi depan aku. Hancur harapanku! Tunggulah dengan mengantuk-ngantuknya nak mandi. Dah mandi tidur balik. Pukul 6 bangun balik untuk Subuh dan terus bersiap-siap untuk ke kelas.