20130331

Final hours

Assalamualaikum.

Aku nak cerita kat kauorang pasal aku punya hari terakhir di Ipoh. Aku balik Nilai pada 310313 tengah hari. Abah aku ambil aku but first dia kena datang Ipoh dulu naik bas. Okaylah, perancangan semua dah okay. Beg dah kemas, barang-barang semua dah simpan.

Pagi hari yang aku nak balik tu, ingat nak pergi isi minyak kereta bagi full tank supaya senang nanti tak payah nak pergi petrol pump dah. Jadi, pagi yang indah itu aku nak pergi isi minyak dengan Farid. Saja nak spent time with him on my last day. Spent time isi minyak pun okay apekan. Heeee.

Dah masuk dalam kereta semua, tinggal nak start enjin, enjin tak boleh start. Cannot go. Cuba banyak kali. Farid cakap ayat keramat tu "Awak, kereta awak ni bateri problem. Bateri kong. Samada awak kena charge atau ganti baru." OMG, ganti baru!!! Melayang duit aku. RM 200 pulak tu tapi Alhamdulillah nasib baik just kena charge je. Then kami terus check bateri semua. Aku memang sah-sahlah blur. Pasal kereta aku tak mahir. Dan pagi tu jugak pukul 9 Farid ada exam so tak bolehlah dia nak tolong aku lama-lama. Dia ada bagi spannar dia tapi dia punya besar, terlebih satu saiz je, sebab skru bateri aku kecik gila.

Dia just cakap try cari spanar, buka enjin then hantar kedai bateri. I was blur. Tak tahu nak buat apa, nak tolak kereta, aku perempuan kot, mana larat. Masa tu pun pagi-pagi, mana ada orang lelaki yang boleh tolong. So I decided to go to the nearest food court from my place with my friend to seek help. Jadi terjumpalah seorang pak cik meniaga roti canai ni. Biasalah, sembang punya lama pun bukan tau namakan. Haish, aini aini.

Jadi dia sanggup mengenepikan perniagaan dia itu untuk tolong aku. Alhamdulillah. Kami tolak kereta, pun tak boleh start jugak. Jadi pak cik tu bawak spannar dari rumah dia, sebab spannar Farid bagi besar sikit jadi tak boleh nak bukak bateri. Pak cik tulah volunteer nak hantar bateri aku ke kedai, dia jugaklah yang ambil bateri aku dan tolong pasangkan. Betapa baiknya hati dia. Dan Alhamdulillah, Allah disisi aku, kereta aku sudah pun boleh hidup.

Sejurus selepas kereta aku hidup, terus aku dan Farid(selepas dia habis exam) pergi ambil abah aku kat Bercham. Sampai-sampai je bilik terus aku dan kawan-kawan aku load barang dalam kereta. Penuh kereta aku, boot dengan seat belakang fully taken. Dan semestinya sesi sedih-sedih bersamamu selama 3 tahun pun bermula. I burst into tears like crazy you know! I tell you, I will definitely going to miss my friends kat Ipoh. My dorm mates especially, they're the best. May Allah bless my friends. I love them all.  Dan of course Farid pun sama. Dia lelaki, mana nangis, aku je menangis lebih but I knew that he will miss me soo bad just like I will. 

So thank you Allah for the time in Ipoh, for the people I meet in Ipoh, for the love I found in Ipoh and for everything in Ipoh that can be cherish. Thank you. :'( *taip ni pun dah rasa macam nak nangis*

20130323

All Star Celebrities Gala Night Dinner

Assalamualaikum ;)

Hai semua, well seperti yang anda-anda semua tahu aku sudah pun tamat diploma dan most of my friends yang tinggal jauh dan bukan berasal dari Ipoh akan balik ke kampung halaman atau rumah masing-masing. Termasuklah aku. Aku akan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan.

Sebelum semua orang balik course mates aku yang sangat caring dan prihatin throw a dinner for us, I mean for our course-lah, dari sem 1 sampai sem 6 join. I am so touched. Thank you. Alhamdulillah. Temanya adalah All Star Celebrities which I don't really get in the first place but then I asked the organizer, dia cakap you wear like a celebrity of your choice. Wow, that's hard enough, I don't event know what to wear kot. :O

So, I was being me, very casual, rules breaker(which I know I shouldn't be) I wore a short dress with black skinny boot cut jeans and 5 inch wedges. Bayangkan betapa larinya tema aku kan. In case, kalau diorang tanya, Aini, kau tiru stail siapa ni? Artis yang mana? Aku just cakap Juliana Evans versi bertudung, pakai seluar skinny boot cut(sebab Juliana selalunya pakai skinny so aku lari sikit) dan pakai spek! :D Heeeee

The dinner went well. We had soo much fun, the entertainer was hilarious which was my very own amazing classmates. Dan semestinya part paling sedih time dinner tu dah nak habis. Semua orang minta maaf antara satu sama lain, mengenang kenangan lama dari sem 1 sampailah sem akhir. Tipu kalau aku cakap aku tak menangis. Aku ingat aku tak nangis malam tu but I am not strong enough, I cried a lot. I will surely going to miss my friends. Yelah, 3 tahun satu kelas sama, bayanglah, baik buruk semua tahu. 

 Aku bersyukur aku dikurniakan peluang berkenalan dengan diorang semua. I am very happy to have them in my life. Thank you guys, I love you all. May Allah bless you. 

20130322

Tamat Diploma

Assalamualaikum, pertama sekali minta maaf banyak-banyak sebab lama gila tak update cerita baru, berita baru, pendapat baru dan pengalaman baru. Bukan tak nak cuma, kesuntukan masa, kekeringan idea (biasalah tu kan ;), tak ada akses internet dan yang sama waktu dengannya.

Jadi, berkenaan dengan tajuk post kali ini ya aku sudah pun menamatkan diploma aku pada 210313. Sejurus je selepas pembentangan laporan praktikal aku di Kementerian Pelancongan Malaysia Perak selama 4 bulan so now I am free! :D For a while-lah sementara nak mula degree pula nantikan. Heeeeee.

Sementara menunggu panggillan degree tu aku akan InshaAllah bekerja. Dan buat masa terdekat ni, aku tetap setia menjadi promoter buku syarikat buku KarnaDya Solutions di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Dan semestinya di tempat yang sama, PWTC pada 260413-050513. Alhamdulillah.

Dan lepas pesta buku tu mungkin aku akan start cari kerja baru. InshaAllah di mana-mana travel agency yang berdekatan. Setakat ni aku berminat dengan 2 travel agency kat Nilai ni. Cuma sekarang yang aku risau sikit ialah dua-dua travel agency tu ada ticketing. Aku pula kurang mahir dalam hal-hal ni. Paper ticketing dulu pun dapat C+. Haishh, tapi takpelah, belajarlahkan. 

InshaAllah doa jelah yang terbaik. So, that is it for now. Chiao. Assalamualaikum. Take care guys.

20130224

3 Pinggan

Assalamualaikum ;)



Okay, sebagai seorang manusia yang normal dan sempurna fizikal dan mental adalah satu kewajipan untuk makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Dan sebagai perempuan adalah normal untuk makan lebih dari sepinggan. mungkin 2 pinggan tapi BUKAN 3 pinggan. Tapi aku, makan sampai 3 pinggan! Aku perempuan dan aku makan nasi sampai 3 pinggan. Kauroang bayangkan aku makan banyak macam mana. OMG. :O


Kalau ikutkan malam itu, bukan makan McD, KFC, or Domino's. Kalau makan nasi pun bukan lauk grand-grand. Bukan siakap 3 rasa, ketam goreng bercili, butter prawn, satay kajang or apa-apa makanan yang boleh kecur air liurlah. Makan malam yang teramat simple. Teramat ringkas.


Nasi putih panas, kicap, serunding ikan, sambal tumis kosong dan telur rebus. Aku rasa malam tu makan sedap gila. Heaven! Makan punya makan aku baru teringat yang aku dah tambah 3 kali then baru aku stop. Aku tak boleh tahan diri aku makan malam tu. Bila dah habis aku terkejut gila, roommate aku pun terkejut tengok aku makan banyak macam tu.


Okay itu yang terbarulah, ada satu malam tu roommate aku masak bubur nasi. Letak carrot, kentang, sosej, daun sup dan daun bawang. Makan dengan sambal, kicap dan ikan bilis. Simple je dinner aku, tapi makan banyak gila. Masing-masing tambah berapa kali entah. Punyalah seronok makan. Satu, mungkin sebab masak sendiri, dua, mungkin sebab makan ramai-ramai, tiga, sebab makan panas-panas! Nyam nyam!


Konklusinya, aku seorang perempuan yang makan banyak! Makan ramai-ramai lagi seronok dari makan sorang-sorang dan pastikan kalau nak makan nasi, nasi tu panas! Baru syiok! :D



Sedapkan!?! :D

20121228

Rain, clouds and human hands


Assalamualaikum!

Since last month and this month the whole Malaysia received a lot of rain. Which is a great thing but also bad to some. Especially in Kelantan and Terengganu. They received both rain and flash flood. May Allah bless and protect them from any harm. Amin. And for us, let's enjoy the rain cause rain brings rizq(rezeki).

I'd like to talk about clouds actually. Yeah, since it has been raining heavily so it's quite impossible to see white, fluffy and cotton candy look alike clouds in the sky. So, whenever a sunny day came I will definitely always take some of my time to look up. To look at the clouds. Those beautiful, white and fluffy 'cotton candy'. It actually make me smile and calms me down.

It shows how Allah's creations are flawless.  The sky, the sea, the forest, the clouds, the animals and us.

But those human hands are the one who destroys them. Imagine Cameron Highland without trees. Hmm...

20121226

Stress




Aku yakin semua orang ada cara sendiri untuk overcome stress. And so do I. Kalau aku stress aku suka untuk cuci bilik air. Baguskan? Menantu pilihan nih. Hewhewhew. Aku perasanlahkan setiap kali aku stress aku akan capai berus dalam bilik air dan cuci the whole bathroom. Lantai, sinki dan dinding akan berkilat dengan bantuan Mr. Muscle. Lepas dah berpeluh-peluh dan panas bagai direbus tu aku pun akan terus mandi.

Fresh!

That’s the only word yang boleh aku fikirkan. Stress hilang, bilik air bersih dan yang paling penting ketiak aku wangi! Hohoho. *gelak orang gila* Tapi tak semestinya everytime aku cuci bilik air aku stress kadang-kadang dah memang bilik air tu memerlukan bantuan Mr. Muscle jadi aku cuma merealisasikan impian bilik air tersebut. So, itu maybe salah satu cara aku melepaskan stress yang aku rasa macam wajar nak share dengan uolls. Hewhewhew. So, that's it guys. Till next time

Assalamualaikum ;)