Keyakinan yang tinggi bagus. Sebab aku tak yakin dengan diri aku sendiri. Aku akui aku seorang yang tidak berkeyakinan tinggi. Nampak je macam bagus padahal habuk pun tarak. Ye, aku tahu dah tak payah nak ingatkan banyak-banyak kali. Alhamdulillah aku seorang yang sedar diri setakat ini.
Mungkin aku cemburu dengan manusia-manusia hebat yang berkeyakinan tinggi. Tapi ada masanya aku terpaksa meludah mereka. Sebab terkadang tu sampai tak sedar diri. Sampai lupa. Sampai kena beli cermin besar gantung kat dalam bilik.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan lama sangat diawangan nanti dah tersungkur malu.
Beli cermin besar dan ukur baju dibadan sendiri dan sentiasa bermuhasabah diri.
No comments:
Post a Comment