20111010

Cuti yang klise

Okay, aku dah habis exam dan mulakan cuti aku pada 0810 haritu dan baru harini nak buka akaun blogger aku ni. Banyak masa dihabiskan dengan meng-explore peti ais, tivi, rumah aku sendiri, bandar Nilai yang dah ada macam-macam selepas nak dekat 3 bulan tak berjalan kat Nilai.

Kadang tu terkejut sampai ternganga mulut. Nilai dah maju siot! Tapi aku tetap lagi suka duduk Shah Alam.

Takpelah, dan sekarang aku memang lebih banyak duduk di Ipoh berbanding Nilai. Yelah, dah kata aku belajar di Ipoh. Setiap kali cuti memang aku tak rindukan Ipoh. Kawan-kawan di Ipoh ya, Tapi kalau Ipoh memang aku tak rindu. Tak ada apa kat sana yang menarik aku. Shah Alam dan Nilai lebih seronok.

Aktiviti cuti ni bukan apa sangat pun tengok tivi, kemas rumah, basuh dan sidai baju, masak dan aktiviti paling baru adalah bagi kucing makan. Sebab rumah aku sekarang dah ada kucing. Nama dia Yatimah. Lawak je nama. Tapi yang paling aku tak sabar masa cuti ni nak pergi shopping! InshaAllah hari khamis ni nak shopping. Kat Mid je pun. Dan nak tengok Real Steel.

No comments: