20111118

Burung Hantu

Aku dah pun balik Ipoh pada 1311 haritu. Sampai Ipoh aku diberitahu aku bersama rakan-rakan lain akan mengendalikan program induksi. Dan hari ini baru sahaja habis induksi ataupun orientasi pelajar baru. Tidak diakui, aku penat tapi seronok jadi fasilitator untuk adik-adik junior. Ada yang rebel, ada yang blur dan macam-macam ragam yang perlu dilayan. A good experience actually. Semalam kena tidur di kolej bersama-sama mereka. Aku memilih untuk tidak tidur. Saja. Buat kedua kali aku tak tidur selama 24 jam. Nak pitam pun ada jugak kadang-kadang tu tapi paksa jugak mata untuk terus terbuka. Dan pukul 10 pagi tadi aku balik dorm dengan harapan nak tidur sekejap sebab jam 12 ada kelas. Tuhan memang nak beri aku rehat nampaknya. Kelas dibatallkan! Alhamdulillah. Aku terus tertidur sehingga jam 4 petang.

Burung hantu tidur siang malam jaga. Dan sekarang aku dah tak mengantuk. Haishh.

No comments: