20111108

Kaunselor

Dulu aku tak tahu aku nak pilih bidang apa untuk sambung belajar lepas SPM. Dan untuk memudahkan, aku jumpa kaunselor sekolah. Dia baik, peramah, mudah didekati dan aku sangat selesa bercerita dengan dia mengenai pemilihan kursus diploma. Dia Cikgu Shamsuddin.

Dia tanya aku, aku suka buat apa? Hobi aku. Aku cakap membaca, melancong, tangkap gambar, melayari internet, tengok tivi. Dia tanya minat aku. Aku cakap ekonomi, fotografi, bikin filem, menulis dan yang terakhir ni aku cakap dengan nada perlahan sekali berlakon.

Dia cakap minat sahaja tidak cukup. Kadang-kadang kita perlukan bakat bersama-sama dengan kita. Dia cakap adalah lebih baik kita gabungkan kedua-duanya. Aku bilang sama dia aku tak punya apa-apa bakat. I have no talent. Dan dia cakap lagi, kadang-kadang bagus juga kalau kita masukkan hobi kita dalam kerjaya.

Dia cakap aku punyai bakat yang dia nampak tapi aku tak nampak. Aku seorang yang petah bercakap. Mungkin ada cakap aku itu tiada makna tapi aku punyai bakat menarik orang dengan bercakap. Dia cakap. Aku terkesima waktu tu. Dia cakap juga aku suka melancong, mendalami dan mempelajari sesuatu yang baru.

Diploma Pengurusan Pelancongan. Aku diam. Dia diam. Aku fikir apa salahnya aku cuba bidang ini. Gabungkan 'bakat' dan hobi dan inshaAllah minat akan timbul nanti. Dia senyum seolah-olah tahu apa di kotak fikrian aku. Dan kini ia adalah kursus diploma aku. Dan Alhamdulillah aku sangat-sangat menyukainya.

3 comments:

colela said...

like. :)

nadzirah nutz said...

mungkin cikgu sudin betul.... ko buat orang rasa selesa ble ko bercakap....

aenny said...

Colela: Terima kasih :)
Nad: Kau je yang selesa kot. Orang lain suruh aku diam sebab sakit telinga :p Hahaha, thanks nad.