20111122

Tamak

Pada hari sabtu ini satu perlawanan ragbi akan diadakan di Padang Ipoh, Ipoh. Dianjurkan oleh kolej aku. Institut Teknologi Perak. Alhamdulillah aku diberi kepercayaan untuk jadi pengerusi majlis atau bahasa orang putihnya Master of Ceremony. Selepas majlis Makan Malam Pra-graduan(010411) aku diberi peluang sekali lagi. Dan jujur bicara dan menaip, aku sangat teruja dan tak sabar. Tapi itulah, kalau seronok sangat susah jugak. nanti mesti ada benda nak jadi. Dalam aku sedang seronok dan teruja aku diberitahu pada hari sabtu tersebut akan diadakan jugak kelas ECO 120 atau bahasa mudahnya prinsip ekonomi. Maknanya tak dapatlah aku menunaikan hasrat mereka yang ingin melihat aku sebagai MC.

Allah. Istigfar ada. Mengeluh pun ada.

Tapi kalau nak dibandingkan MC dan ECO 120 sudah tentu-tentulah aku akan pilih ECO 120. Aku pujuk diri aku, jangan tamak Aenny. Kau akan punya kerja lain untuk diuruskan. Peluang akan datang lagi. Sabar ya Aenny. Aku pujuk diri sendiri dan aku berikan pula peluang aku ini kepada seorang kawan aku yang bertuah dan aku kira layak. InshaAllah. Dan anda-anda yang tinggal berdekatan, kalau tidak keberatan ringan-ringankan bontot untuk menyinggah. Perlawanan pada hari sabtu ini 2611. Jam 10 pagi wisel pertama akan dibunyikan.

Remember my friends, you don't always get what you want. Good things are yet to come. InshaAllah.

No comments: