20120114
Diam
2012 dah pun 14 hari mula tapi hari ini barulah dapat update belog. Punyalah sibukkan. Bajet menteri je aku ni. Maaflah ya. Ramai orang yang kenal aku semua tahu aku ini ramah orangnya. Maksudnya aku ni banyak cakap. Memang banyak. Sampaikan kadang tu ibu aku pun suruh aku berhenti bercakap. Tapi itu akan berubah. Aku punya azam tahun ini untuk kurangkan bercakap. Bercakap bila perlu. Aku nak kurangkan komunikasi aku didalam kelas. Aku tak nak jadi macam tin kosong. Bunyi saja lebih isi takda! Adalah lebih baik aku diam sekiranya hanya mahu merepek dan bercakap sekiranya mahu menyampaikan ilmu atau amanah. Aku takut kalau banyak bercakap dosa yang banyak bertambah bukan pahala. Bercakap bila perlu, ramah pada tempatnya. Itu azam aku. Doakan kejayaan aku ya. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment