20120409

Kebuluran


Kita lapar kita makan. Tetapi kalau makanan tu tak sedap, kurang memuaskan atau biasa-biasa saja tanpa berfikir panjang kita akan buat muka, tolak pinggan ke tepi, luahkan balik dari mulut, buang terus dan order makanan baru.

Ye, betul, kita bayar untuk makanan yang sedap tapi dapat yang macam ***** tapi sadarkah kita bahawa dalam kita senang-lenang memilih itu ini untuk dijamah ada insan lain yang kebuluran.

Insan lain yang lebih memerlukan makanan tapi terpaksa menahan perut sebab tiada apa untuk ditelan. Tapi kita?

Aku tengok manusia-manusia yang kebulur di luar negara sana menitis air mata. Mengucap syukur aku pada Allah sebab kita tak kebulur macam mereka. Ada saja makanan untuk dijamah. Mungkin ada juga orang Malaysia kita yang mengalami masalah sama jadi ringan-ringankanlah tangan untuk menderma pada mereka yang mampu. Ringan-ringankanlah bibir untuk ucapkan syukur pada Allah dan terima apa yang ada.

Kalau kita mampu untuk makan ayam goreng hari-hari ingatlah pada orang yang tidak mampu merasa walau secubit pun. Ada yang hanya mampu nasi dan air garam. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada dan jikalau kita punya lebih apalah salahnya kita berkongsi pada mereka yang perlu.

Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang kita punya kerana ada manusia lain di luar sana tidak dapat merasa apa yang kita ada. Berzakat dan mendermalah kerana mungkin itu satunya jalan untuk kita bantu mereka. Salam.

No comments: