Assalamualaikum anda semua ;D
Well, hari ini aku nak bercerita tentang rupa.
Aku punya seorang kawan lelaki. Dia ada girlfriend. Girlfriend dia memang tidak boleh dinafikan kecantikannya. Awek dia memang lawa. Kalau aku yang perempuan pun boleh cakap dia lawa, cantik, comel dan etc apatah lagi lelaki.
Pada aku at certain time awek dia perlu berpurdah. Maklumlah hanya dengan kecantikan wajah sahaja sudah dapat menggoncang iman seorang lelaki apatah lagi kalau perempuan yang tidak menutup auratnya. Okay bukan awek dia yang aku nak ceritakan disini. Tetapi pasal kawan aku yang lelaki tu.
Kawan aku tu, dia suka untuk melihat orang-orang disekeliling beliau dangan pandangan yang bermacam-macam bermain di benak fikirannya. Dan seterusnya dia akan mengkritik orang-orang tersebut. Kenal tak kenal tak peduli sesiapa pun boleh menjadi mangsanya.
Ini satu hal yang aku cukup tak suka. Dia sangatlah santai dan relaks untuk kata atau kritik apa sahaja tentang rupa orang lain. Asal hodoh di mata dia lajulah dia berkata-kata. Dia kritik awek orang ni lah, awek orang tu lah. Gemuk, pendek, buncit, hitam, jongang, kawah, terencat, buruk dan apa-apa sahaja yang berdekatan.
Dan aku yang terdengar ni memang tak suka, sakit hati. Awek dia berkali-kali cakap "jangan cakap kat orang macam tu nanti Tuhan kurniakan kita anak lagi hodoh daripada orang yang awak kutuk tadi". Aku ingat bila dah peringatkan pasal Allah dia nak diamlah kot rupanya tak, masih lagi disambung kritikannya.
-__________-"
Aku juga ada seorang kawan yang memilih boyfriend. Bukan tak ada lelaki yang baik, beriman, sopan, lembut mahukan dia. Ada. Untung dia tapi iyalah itu kata aku. Kata dia kalau hodoh tak mahu aku buat laki. Jadi, aku pun speechless dan tak tahu nak cakap apa sedangkan lelaki yang baik itu masih menuggu dia. Tapi kawan aku ni dah pun ber-boyfriendkan lelaki yang comel *lahh sangat* pada aku tak comel mana pun. Laki yang sebelum ni lagi tiptop. Nak kata hodoh gila sampai macam muka perogol, tak pun. Tapi tulah, dah dia suka yang hensem-hensem, comel-comel, jambu-jambu je. Den nak buek camnokan.
Readers-ku sayang, rupa tak kekal, yang penting hati kita. Untunglah dia dah rezeki dia dapat awek cun, cuba kalau awek dia hodoh dimata orang lain, apalah rasanya kalau awek dia sering dihina atas alasan paras rupa yang kurang menarik. Sedih! Pedih! Kan? Kan? Mesti punya!
Pada aku manusia ini cantik kalau hatinya baik, kalau rupa cantik hati busuk aku nak tengok pun tak lalu. Aku cuma nak cakap pada yang suka sangat pandang pada rupa, lupakanlah, rupa tidak menjamin kebahagiaan ini kerana dari hati yang bersih itu baru akan datangnya rasa bahagia. Malah Allah pun tidak melihat rupa hambaNya apatah lagi kita hamba hina. Jangan suka sangat mengkritik rupa orang. Tak baik. Kalau kutuk rupa atau fizikal orang maknanya serupalah dengan menghina ciptaan Allah SWT.
Itu sahaja pesanan dari saya untuk saya dan anda.
Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh!
No comments:
Post a Comment